Kesan pembelajaran berasaskan kaedah inkuiri bagi Subjek Matematik

Md Sah, Nelly Ezatul Fazlina (2012) Kesan pembelajaran berasaskan kaedah inkuiri bagi Subjek Matematik. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
281Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengukur kesan kaedah pembelajaran inkuiri terhadap pelajar-pelajar sekolah menengah dalam subjek matematik. Kajian berbentuk eksperimen telah dijalankan bagi mengukur kesan kaedah pembelajaran inkuiri terhadap pencapaian pelajar.Tujuan kajian ini adalah untuk membandingkan pencapaian pelajar yang menggunakan kaedah pembelajaran yang berbeza. Analisis kajian ini menggunakan Model Pengukuran Rasch. 74 orang pelajar mengambil bahagian dalam kajian ini. 37 orang dari pelajar tersebut menggunakan kaedah pembelajaran inkuiri selama 4 minggu. Ujian pra ditadbir sebelum pembelajaran bermula dan ujian pos ditadbir selepas pembelajaran berakhir. Ujian pencapaian digunakan sebagai instrumen kajian dan ianya didapati sah dengan nilai kebolehpercayaan 0.81 dan nilai pengasingan 2.04. Keputusan bagi kumpulan kawalan ialah ±0.61 logit manakala kumpulan eksperimen ±0.80 logits. Hasil kajian ini mendapati bahawa kaedah pembelajaran inkuiri memberi kesan positif terhadap pencapaian pelajar.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
ID Code:4232
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:13 Jun 2016 17:04
Last Modified:13 Jun 2016 17:04

Repository Staff Only: item control page