Kemahiran keusahawanan pelatih wanita kursus rekaan fesyen pakaian di institut latihan kemahiran

Mohamad, Mimi Mohaffyza and Adai, Simah and Ahmad, Adnan (2016) Kemahiran keusahawanan pelatih wanita kursus rekaan fesyen pakaian di institut latihan kemahiran. Jurnal Pemikir Pendidikan, 7. pp. 137-151. ISSN 1985-3637

[img] Text
AJ 2017 (205) Kemahiran keusahawanan pelatih wanita.pdf
Restricted to Registered users only

Download (419kB) | Request a copy

Abstract

Program Rekaan Fesyen Pakaian adalah salah satu program teknikal dan vokasional yang masih dikuasai pelatih wanita di institut latihan. Kajian ini adalah bertujuan bagi mengenalpasti ciri–ciri keusahawanan dan kemahiran keusahawanan dalam kalangan 130 orang pelatih wanita Program Rekaan Fesyen Pakaian Institut Latihan Kemahiran. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan dengan pendekatan kuantitatif bagi mengkaji penerapan elemen ciri-ciri usahawan dan kemahiran keusahawanan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa min keseluruhan bagi setiap ciri-ciri usahawanan seperti kreatif dan inovasi, berani mengambil risiko, keyakinan diri, dan motivasi mendapat aras persetujuan yang tinggi. Selain itu, kemahiran komunikasi dan kemahiran teknologi maklumat berada pada aras persetujuan sederhana tinggi manakala kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran mengurus perniagaan, dan kemahiran kepimpinan berada aras persetujuan yang tinggi. Malahan, terdapat perbezaan yang signifikan dalam ciri-ciri usahawan antara dua institut latihan yang dikaji dalam aspek berani mengambil risiko dan keyakinan diri. Terdapat perbezaan dalam kemahiran keusahawanan antara dua institut latihan dalam aspek kemahiran teknologi maklumat. Justeru, ciri-ciri dan elemen kemahiran keusahawanan sangat perlu diserapkan di institut latihan kemahiran yang dikaji bagi melahirkan gologan usahawan yang berdaya saing dalam bidang rekaan fesyen khususnya untuk golongan belia wanita.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Rekaan fesyen; Ciri-ciri usahawan; Kemahiran keusahawanan
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
H Social Sciences > HB Economic Theory > HB522-715 Income. Factor shares > HB615-715 Entrepreneurship. Risk and uncertainty. Property
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Siti Noraida Miskan
Date Deposited: 07 Dec 2021 08:01
Last Modified: 07 Dec 2021 08:01
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4585

Actions (login required)

View Item View Item