Shareh Musa, Sharifah Meryam and Wan Husin, Hanis and Md Yassin, Azlina and Shafii, Haryati (2017) Aplikasi sistem penuaian air hujan (SPAH) di kawasan perumahan. Jurnal Tekno Sosial, 9 (2). pp. 1-18. ISSN 2229-8940 (In Press)
Full text not available from this repository. (Request a copy)Abstract
Pada masa kini, kekurangan sumber air bersih merupakan satu ancaman di kebanyakkan negara, dan tidak terkecuali Malaysia. Keadaan ini adalah disebabkan oleh kaedah penggunaan sumber air yang tidak berkesan serta kemusnahan kawasan tadahan air disebabkan oleh pembangunan pesat yang tidak mematuhi peraturan. Sebagai alternatif untuk mengatasi masalah ini, Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) telah diperkenalkan sebagai kaedah pengurusan terbaik dalam amalan pengurusan air yang berkesan di Malaysia. Sistem ini bertujuan untuk melambatkan aliran air larian permukaan dan untuk menggalakkan penggunaan air secara efisien. Kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan pelaksanaan Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH), serta untuk menilai keberkesanan pelaksanaan Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH). Hasil dapatan kajian ini adalah berdasarkan data yang dikumpul melalui siri-siri temubual yang dilaksanakan dengan enam orang responden iaitu Pemaju harta tanah, Pihak Berkuasa Tempatan, dan Kontraktor. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tangki Penuaian Air Hujan yang sesuai untuk unit kediaman adalah dianggarkan bersaiz 200 gelen (50-60m3), dan jumlah kos pemasangan adalah RM 3000.00 seunit. Merujuk kepada keberkesanan pelaksanaan Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH), majoriti responden berpuashati bahawa sistem yang digunakan memadai untuk mengawal masalah pembaziran gunaan air serta mampu menjimatkan penawaran air bersih. Diharapkan supaya dapatan kajian ini akan membantu untuk menyeimbangkan kegunaan air dan keperluan pembangunan air untuk generasi akan datang.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Kediaman; Penuaian Air Hujan; Sumber air; Sumber air Alternatif |
Subjects: | T Technology > T Technology (General) T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > TD201-500 Water supply for domestic and industrial purposes |
Divisions: | Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management |
Depositing User: | Miss Nur Rasyidah Rosli |
Date Deposited: | 16 Dec 2021 03:19 |
Last Modified: | 16 Dec 2021 03:19 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4748 |
Actions (login required)
View Item |