Tahap kemahiran profesional guru-guru kemahiran hidup bersepadu dalam pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS)

Abd Baser, Jamil and Hasan, Azman and Saidon, Rasidayanty and Abd Samad, Noorazman and Harun, Khairuddin and Zainal Abidin , Ramlan (2013) Tahap kemahiran profesional guru-guru kemahiran hidup bersepadu dalam pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS). In: Seminar Kebangsaan Kali ke-4 Majlis Dekan Pendidikan IPTA 2013, 23-25 September 2013, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

[img]
Preview
PDF
374Kb

Abstract

Kemahiran profesional yang perlu dimiliki oleh seorang guru terdiri daripada kemahiran belajar, kemahiran berfikir, kemahiran merancang, kemahiran pemudahcaraan, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran mengurus. Sehubungan dengan itu, guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) seharusnya memiliki kemahiran dalam semua bidang yang dinyatakan bagi memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran seterusnya dapat meningkatkan kualiti Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Oleh yang demikian, kajian ini akan dijalankan untuk mengenal pasti kemahiran profesional keguruan yang diperlukan oleh guru-guru KHB dalam melaksanakan PBS dan mengenal pasti tahap kemahiran profesional mereka. Kajian berbentuk tinjauan diskriptif ini mengambil guru yang mengajar di sekolah sekitar Daerah Batu Pahat sebagai sampel kajian di mana mereka adalah terdiri daripada guru yang mengajar KHB yang terlibat dalam PBS. Kajian rintis akan dijalankan bagi mendapatkan kebolehpercayaan dan kesahan item serta keupayaannya mengukur konstruk berbantukan Program Winstep versi 3.48 dengan Pendekatan Analisis Model Rasch. Item yang dibina adalah berdasarkan kepada konstruk kemahiran belajar dan mengajar, kemahiran berfikir serta mengurus, menilai, merancang serta berkomunikasi. Keseluruhan item soal selidik yang dibangunkan menjadi instrumen kajian serta menggunakan skala likert lima mata. Hasil kajian ini, pengkaji menjangkakan akan dapat mengenalpasti beberapa konstruk yang disahkan oleh pakar dan secara impirikal terhadap kemahiran yang diperlukan oleh guru serta tahap kemahiran mereka yang melaksanakan PBS bagi mata pelajaran KHB.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:pentaksiran berasaskan sekolah; kemahiran hidup; kemahiran profesional
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2801 School administration and organization
Divisions:Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Engineering Education
ID Code:4905
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:21 Oct 2014 12:06
Last Modified:21 Jan 2015 15:23

Repository Staff Only: item control page