Memacu pelan transformasi pendidikan : peranan IPTA dalam membantu meningkatkan kuantiti dan kualiti Pendidikan Aliran Sains dan Teknikal di Malaysia

Hassan, Razali and Awang, Halizah and Ibrahim, Badaruddin and Zakariah, Siti Hajar (2013) Memacu pelan transformasi pendidikan : peranan IPTA dalam membantu meningkatkan kuantiti dan kualiti Pendidikan Aliran Sains dan Teknikal di Malaysia. In: Seminar Kebangsaan Kali ke-4 Majlis Dekan Pendidikan IPTA 2013 , 23-25 September 2013, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia .

[img]
Preview
PDF
263Kb

Abstract

Pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah memberi ruang bagi memperbaiki mutu sistem pendidikan yang dilaksanakan di Malaysia. Masalah penjurusan pelajar yang berminat untuk mengikuti bidang aliran sains dan teknikal masih belum dicapai dalam sistem pendidikan negara kita. Nisbah pelajar aliran sains : sastera (60:40) masih jauh untuk dipenuhi sekiranya tiada usaha yang sewajarnya diambil. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bertanggungjawab dalam memastikan peningkatan kadar nisbah pelajar yang berminat dalam menceburi bidang sains dan teknikal mampu dipertingkatkan. Science Technology Engineering and Mathematic Education (STEM) merupakan model dan sistem yang dipraktikan di negara barat dikesan dapat membantu pelajar-pelajar meminati bidang sains dan matematik seterusnya menjadi asas kepada pelajar dalam menguasai bidang kejuruteraan sains dan teknologi. Institut Pengajian Tinggi mempunyai peranan masing-masing dalam membantu pelajar menceburi bidang tersebut. Malaysian Technical University Network (MTUN) adalah merupakan rangkaian universiti teknikal yang dipertanggungjawabkan bagi meningkatkan jumlah pelajar dalam bidang sains dan teknikal. UTHM telah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi memastikan jumlah pelajar yang mengikuti program teknologi dan kejuruteraan dapat dipertingkatkan. Pelaksanaan beberapa program dan aktiviti yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah adalah sangat menggalakkan. Usaha ini perlu terus dilakukan bagi memastikan minat dan kecenderungan pelajar memilih bidang sains dan teknikal dapat dikekalkan sehingga ke peringkat pemilihan kerjaya mereka.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher education
Divisions:Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Engineering Education
ID Code:4912
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:21 Oct 2014 12:17
Last Modified:21 Jan 2015 15:49

Repository Staff Only: item control page