Penggunaan kemahiran berfikir aras tinggi marzano dalam penjanaan idea

Mei, Heong Yee and Md Yunos, Jailani and Othman, Widad and Hassan, Razali and Tze, Kiong Tee (2010) Penggunaan kemahiran berfikir aras tinggi marzano dalam penjanaan idea. In: Seminar Majlis Dekan Pendidikan IPTA, 2-3 August 2010, Hotel Concorde, Shah Alam.

[img]
Preview
PDF
136Kb

Abstract

Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merupakan salah satu komponen utama dalam kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Kemahiran ini boleh dipelajari melalui rangsangan dan latihan dan seterusnya pelajar mengaplikasikan dalam corak pembelajaran harian. Pemikiran aras tinggi sering digunakan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Penjanaan idea-idea baru juga ditekankan pada peringkat IPT kerana tugasan kerja kursus di IPT adalah berbentuk lebih kompleks dan mencabar (Kuh, 2001). Pelajar diberi pelbagai jenis projek akademik dan bukan akademik yang memerlukan mereka menyelesaikan masalah secara kreatif (Mohd & Hassan, 2001). Namun begitu, menurut kajian Yee, et al. (2010) pelajar jarang menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi untuk menjana idea maka pelajar menghadapi masalah untuk menyelesaikan tugasan kerja kursus. Justeru, pelajar harus mempelajari dan menggunakan KBAT dalam penjanaan idea supaya tugasan kerja kursus dapat diselesaikan dengan lebih berkesan. Sehubungan dengan itu, satu kajian tentang penerapan kemahiran berfikir khususnya aras tinggi melalui aktiviti pembelajaran untuk menjana idea projek bagi mata pelajaran teknikal perlu dilaksanakan. Kertas kerja ini hanya mengemukakan idea awal kajian dengan merujuk kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Marzano berdasarkan Dimensi Memperluaskan dan Menyempurnakan Pengetahuan (1992) yang merangkumi kemahiran membanding, mengklasifikasi, induktif dan deduktif dalam penjanaan idea projek bagi mata pelajaran pendidikan teknikal.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:kemahiran berfikir aras tinggi marzano,penjanaan idea, institusi pengajian tinggi,pendidikan teknikal
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher education
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:496
Deposited By:Ms Aryanti Ahmad
Deposited On:30 Sep 2010 11:11
Last Modified:29 Apr 2011 14:40

Repository Staff Only: item control page