Gaya kepimpinan terhadap pemilihan strategi pengajaran dan pembelajaran

Ab Muttalib, Siti Aida (2014) Gaya kepimpinan terhadap pemilihan strategi pengajaran dan pembelajaran. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
423Kb

Abstract

Gaya kepimpinan adalah merupakan cara seseorang pemimpin menggunakan kuasa yang dimiliki sebagai alat untuk mempengaruhi pelajar dan untuk mencapai objektif di bilik darjah dan mempengaruhi pemilihan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengkaji gaya kepimpinan pensyarah terhadap pemilihan pendekatan pengajaran dan pembelajaran di Politeknik Premier. Kajian memfokuskan mengenai gaya kepimpinan yang digunakan oleh pensyarah dan pendekatan yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Reka bentuk kajian ini adalah secara kuantitatif dan menggunakan Analisis Statistical Package for Social Sciences (SPSS 21). Seramai 259 orang pensyarah yang terlibat terdiri daripada pensyarah Politeknik Premier yang dipilih secara rawak. Peratusan, skor min, sisihan piawai, ujian t, korelasi pearson dan effect size digunakan untuk analisis kajian ini. Dapatan kajian ini menunjukkan gaya kepimpinan yang dipilih oleh pensyarah adalah gaya kepimpinan demokratik dan pemilihan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan guru. Dapatan analisis menujukkan tiada perbezaan yang signifikan pensyarah kejuruteraan dan bukan kejuruteraan dalam gaya kepimpinan dan pendekatan yang digunakan. Melalui analisis korelasi pearson dapat dinyatakan bahawa terdapatnya hubungan yang sederhana bagi gaya kepimpinan dengan pendekatan yang digunakan oleh pensyarah kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Secara keseluruhanya, gaya kepimpinan pensyarah yang berkesan dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dan berkualiti. Diharapkan, hasil kajian ini dapat membantu semua pihak terutama pensyarah politeknik dalam memperbaiki gaya kepimpinan dan pendekatan yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2801 School administration and organization
ID Code:5362
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:14 May 2014 11:54
Last Modified:14 May 2014 11:54

Repository Staff Only: item control page