Mohamad Zailani, Laila Wahidah (2019) Keberkesanan elektro-penggumpalan (aluminum dan ferum) bersama penggumpal komposit(poli aluminum klorida dan tepung ubi kayu) bagi merawat larut lesapan. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
|
Text
24p LAILA WAHIDAH MOHAMAD ZAILANI.pdf Download (894kB) | Preview |
|
Text (Copyright Declaration)
LAILA WAHIDAH MOHAMAD ZAILANI COPYRIGHT DECLARATION.pdf Restricted to Repository staff only Download (2MB) | Request a copy |
||
Text (Full Text)
LAILA WAHIDAH MOHAMAD ZAILANI WATERMARK.pdf Restricted to Registered users only Download (3MB) | Request a copy |
Abstract
Kaedah elektro-penggumpalan bersama bahan penggumpal komposit telah banyak digunakan untuk merawat larut lesapan antaranya mengunakan kepelbagaian elektrod. Kepelbagaian elektrod merupakan salah satu faktor yang penting terhadap keberkesanan penyingkiran parameter di dalam proses EC. Kepentingan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji keberkesanan penggunaan elektrod yang berbeza bersama bahan penggumpal komposit iaitu poli aluminum klorida dan tepung ubi (PACTF) menggunakan kaedah elektro-penggumpalan bagi merawat larut lesapan. Terdapat tiga objektif utama di dalam kajian ini iaitu objektif pertama merangkumi penentuan optimum terhadap ketumpatan arus elektrik, masa tindakbalas dan pH bagi empat keadaan elektrod (Al/Al, Fe/Fe, Al+/Fe-, Fe+/Al-). Objektif kedua merangkumi penentuan percampuran dos optimum bahan penggumpal komposit (PACTF) bersama elekro-penggumpalan. Manakala objektif ketiga ialah mengkaji struktur pembentukkan mendakan/flok pada keadaan optimum dua peringkat penggumpalan menggunakan analisis SEM dan EDX. Di dalam, kajian ini, prosedur kajian telah dijalankan menggunakan 750ml sampel larut lesapan dengan menggunakan pembekal arus elektrik (DC) sebagai pembekal arus bagi empat keadaan susunan elektrod. Bahan penggumpal komposit iaitu PACTF digunakan sebagai bahan percampuran bersama didalam dua peringkat penngumpalan (EC+ penggumpalan kimia). Hasil kajian yang diperolehi mendapati pengunaan elektrod Al+/Fe- menunjukkan peratusan penyingkiran tertinggi dengan menyingkirkan egen pencemaran seperti pepejal terampai, warna, permintaan oksigen kimia (COD), ammonia serta kekeruhan masing-masing sebanyak 94%, 91%, 60%, 15% dan 85% pada keadaan optimum ketumpatan arus 250 A/m2, masa tindakbalas 25 minit pada keadaan optimum pH 5. Bagi percampuran dos PACTF mendapati pengunaan elektrod Al+/Fe pada 300 mg/L dos optimum menunjukkan peratus penyingkiran tertinggi dengan peratusan penyingkiran pepejal terampai, warna, COD, ammonia serta kekeruhan masing-masing 96%, 95%, 71%, 24%, dan 78%. Selain itu, analisa SEM dan EDX mencatatkan ECAl/Fe menunjukkan struktur serta morfologi yang lebih baik bagi elektro-penggumpalan tanpa bahan komposit manakala bagi elektro-penggumpalan bersama bahan komposit, PACTFAl/Fe dan PACTF Al/Al merekodkan struktur morfolologi yang baik iaitu mempunyai permukaan yang lebih licin serta struktur yang lebih terbuka (liang dan pori). Kesimpulan keseluruhan kajian mendapati bahawa elektrod Al/Fe menunujukkan prestasi yang lebih baik berbanding elektrod yang lain samaada di dalam proses elektro-penggumpalan tanpa penggumpal komposit ataupun bersama percampuran bahan penggumpal komposit iaitu PACTF.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > TD783-812.5 Municipal refuse. Solid wastes |
Divisions: | Faculty of Civil Engineering and Built Environment > Department of Civil Engineering : Water and Environmental Engineering |
Depositing User: | Mrs. Sabarina Che Mat |
Date Deposited: | 05 Aug 2021 03:14 |
Last Modified: | 05 Aug 2021 03:14 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/541 |
Actions (login required)
View Item |