Kesediaan, penerimaan dan pengoperasian guru Reka Bentuk dan Teknologi terhadap amalan dalam pentaksiran berasaskan sekolah

Moktar, Siti Nor Aisah and Hanapi, Zaliza and Tze, Kiong Tee and Mohamed, Suriani and Che Rus, Ridzwan (2018) Kesediaan, penerimaan dan pengoperasian guru Reka Bentuk dan Teknologi terhadap amalan dalam pentaksiran berasaskan sekolah. Sains Humanika, 10 (3-3). pp. 89-94. ISSN 2289-6996

[img] Text
AJ 2018 (861) Kesediaan, penerimaan dan pengoperasian guru Reka Bentuk dan Teknologi terhadap amalan dalam pentaksiran berasaskan sekolah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (591kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesediaan, penerimaan dan pengoperasian guru Reka Bentuk dan Teknologi terhadap amalan dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan amalan PS terhadap guru Reka Bentuk dan Teknologi di sekolah kebangsaan negeri-negeri di zon selatan iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Elemen yang akan dikaji ialah tahap amalan guru dalam pelaksanaan PS. Jenis persampelan yang digunakan adalah persampelan rawak mudah dimana sampel kajian adalah seramai 275 orang guru yang terdiri daripada guru yang mengajar murid Tahun 4, 5 dan 6 dari 275 buah sekolah yang telah dipilih. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik yang diedarkan kepada responden. Sebanyak 12 item soal selidik telah dibina dan telah melalui proses kesahan dan kebolehpercayaan. Amalan guru sebelum, semasa dan selepas melaksanakan pentaksiran adalah baik masing-masing dengan min 3.9673, 4.0029 dan 4.0218. Data yang telah dikumpul dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages For Social Science (SPSS). Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati bahawa amalan guru dalam melaksanakan Pentaksiran Sekolah berada di tahap yang baik dengan min keseluruhan ialah 4.0048 dan sisihan piawai .57239. Semoga dari hasil kajian ini sedikit sebanyak dapat membantu para guru dalam melaksanakan Pentaksiran Sekolah dengan lebih baik lagi.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Amalan guru; pentaksiran berasaskan sekolah; reka bentuk dan teknologi
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
L Education > LB Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB2832-2844.1 Teaching personnel
T Technology > T Technology (General) > T61-173 Technical education. Technical schools
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education and Postgraduates
Depositing User: UiTM Student Praktikal
Date Deposited: 09 Jan 2022 06:59
Last Modified: 09 Jan 2022 06:59
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5415

Actions (login required)

View Item View Item