Sorotan histeria massa remaja Muslim di Malaysia

Saparudin, Intan Farhana (2016) Sorotan histeria massa remaja Muslim di Malaysia. International Journal of Nanoelectronics and Materials, 5. pp. 131-140. ISSN 2232-1535

[img] Text
AJ 2016 (93).pdf
Restricted to Registered users only

Download (153kB) | Request a copy

Abstract

Histeria merupakan permasalahan sosial masyarakat yang sering didengari berlaku dalam komuniti. Gejala histeria yang berlaku sama ada secara individu atau kumpulan menunjukkan terdapat tekanan dalam kelompok atau mangsa yang membawa kepada ledakan psikologi yang ekstrim dan di luar kawalan. Histeria yang berlaku khusus dalam kalangan remaja di Malaysia kebanyakannya terjadi secara beramai-ramai atau berkumpulan. Gejala ini dikenali sebagai histeria massa atau histeria epidemik iaitu cetusan histeria yang melibatkan sekumpulan individu yang berkongsi keadaan tertekan dan emosi yang saling berhubung antara satu sama lain. Justeru dengan melihat kepada senario yang berlaku artikel ini ditulis untuk mengupas isu histeria massa dan menyoroti fenomena histeria dalam kalangan remaja Muslim di Malaysia. Kupasan isu ini menggunakan kaedah analisis kandungan dengan cara meneliti dokumen dan artikel berkaitan untuk mengenal pasti gejala histeria massa dalam kalangan remaja. Rumusan perbincangan mendapati histeria massa dalam kalangan remaja di Malaysia kebanyakannya bercorak mass motor hysteria (histeria massa motor) dengan orientasi tingkah laku ceraian (dissociative), iaitu tingkah laku fizikal ekstrim berbanding di Barat yang sering berbentuk mass anxiety hysteria (histeria massa kebimbangan)

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Remaja; Histeria massa motor; Histeria massa kebimbangan
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Center for General Studies and Co -curricular > Department of Islamic Studies
Depositing User: Mrs. Nur Nadia Md. Jurimi
Date Deposited: 13 Jan 2022 06:37
Last Modified: 13 Jan 2022 06:37
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5519

Actions (login required)

View Item View Item