Morphological and molecular identification of Holothuria (Merthensiothuria) leucospilota and Stichopus horrens from Pangkor Island, Malaysia

Kamarudin, Kamarul Rahim and Mohamed Rehan, Maryam (2015) Morphological and molecular identification of Holothuria (Merthensiothuria) leucospilota and Stichopus horrens from Pangkor Island, Malaysia. Tropical Life Sciences Research, 26 (1). pp. 87-99. ISSN 1985-3718

[img] Text
AJ 2015 (54).pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Kajian awal ini bertujuan untuk mengenalpasti satu spesies komersil gamat iaitu Stichopus horrens Selenka, 1867 dan satu spesies timun laut iaitu Holothuria (Mertensiothuria) leucospilota (Brandt, 1835) dari Pulau Pangkor, Perak, Malaysia dengan mengaplikasikan teknik-teknik morfologi berdasarkan bentuk-bentuk osikel dan teknik-teknik molekul menggunakan gen sitokrom c osidasi I (COI) mitokondria DNA (mtDNA). Di Malaysia, gamat didefinisikan sebagai spesies timun laut daripada famili Stichopodidae yang memiliki nilai-nilai perubatan manakala timun laut dirujukkan kepada spesies bukan gamat. Spesies S. horrens adalah amat popular di Pulau Pangkor sebagai bahan utama dalam penghasilan air gamat dan minyak gamat secara tradisional manakala H. leucospilota merupakan spesies paling dominan di Malaysia. Berbeza dengan kajian-kajian sebelum ini, bahagian dalaman tubuh iaitu pohon respirasi dan gastrousus telah disertakan dalam kajian ini untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih baik berdasarkan morfologi. Keputusan-keputusan menunjukkan tiada osikel telah hadir di dalam gastrousus H. leucospilota dan ciri tersebut dicadangkan sebagai penanda diagnostik yang unik untuk spesies timun laut tersebut. Di samping itu, kehadiran rod berbentuk Y di dalam pohon respirasi S. horrens seterusnya menyokong potensi bahagian dalaman tubuh untuk mengenalpasti spesies gamat tersebut. Selanjutnya, analisis-analisis filogenetik gen COI mtDNA spesimen-spesimen timun laut tersebut menggunakan kaedah hubungkait jiran dan kaedah persamaan maksimum seterusnya mengesahkan status spesies H. leucospilota dan S. horrens dari Pulau Pangkor, Perak, Malaysia. Jujukan-jujukan gen COI mtDNA tersebut telah didaftarkan dengan GenBank, National Center for Biotechnology Information (NCBI), US National Library of Medicine (no. akses GenBank: KC405565-KC405568). Walaupun lebih banyak spesimen dari pelbagai lokasi diperlukan untuk menghasilkan keputusan-keputusan muktamad yang lebih baik, penemuan-penemuan semasa telah memberi gambaran yang lebih baik tentang kepentingan pendekatan-pendekatan yang saling lengkap-melengkapi iaitu teknik-teknik morfologi dan molekul dalam pengenalpastian kedua-dua spesies timun laut Malaysia tersebut.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Stichopus horrens; Holothuria leucospilota; Bentuk Osikel; Gen Sitokrom c Osidasi I Mitokondria DNA; Pulau Pangkor
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Divisions: Faculty of Applied Science and Technology > Department of Technology and Natural Resources
Depositing User: Mrs. Mashairani Ismail
Date Deposited: 23 Jan 2022 07:01
Last Modified: 23 Jan 2022 07:01
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5791

Actions (login required)

View Item View Item