Keselamatan bangunan dan kawalan kebakaran

Mat Isa, Badarudin and Kamaruzzaman, Syahrul Nizam (2012) Keselamatan bangunan dan kawalan kebakaran. Penerbit UTHM. ISBN 978-967-5457-58-6

Full text not available from this repository.

Abstract

Panduan di dalam buku ini adalah menjurus kepada Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 yang wujud daripada Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Street, Drainage and Building Act 1974 Akta 133). Isi kandungan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 ini banyak dipetik daripada negara-negara lain, khususnya Britain. Sebelum penggubalan undang-undang ini, amalan yang digunapakai di Malaysia ialah berpandukan kepada ordinan-ordinan, enekmen-enekmen atau lain-lain undang-undang yang digubal oleh negerinegeri dan digunapakai di peringkat kerajaan-kerajaan tempatan. Pada ketika itu, ketinggian kebanyakan bangunan adalah rendah, tetapi apabila berlaku keruntuhan bangunan di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur di awal tahun 1970, maka barulah timbul keperluan undang-undang bangunan seragam. Akhir kata diharapkan agar buku ini dapat memberikan panduan kepada mereka yang berkecimpung di dalam penyediaan pelan-pelan bangunan baru dan pelanpelan ubahsuai bangunan. Buku ini juga amat relevan untuk digunakan oleh lain-lain para profesional yang menguruskan bangunan, pengurus pengawal keselamatan dan pelajar-pelajar di dalam jurusan pembinaan.

Item Type:Book
Subjects:T Technology > TH Building construction > TH1000-1727 Systems of building construction
Divisions:Publisher's Office > General Items
ID Code:5960
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:13 Oct 2014 15:36
Last Modified:13 Oct 2014 15:36

Repository Staff Only: item control page