Kesediaan tenaga pengajar UTHM dalam melaksanakan Program 2u2i (2 tahun universiti, 2 tahun industri)

Puat, Nurul Azwa (2019) Kesediaan tenaga pengajar UTHM dalam melaksanakan Program 2u2i (2 tahun universiti, 2 tahun industri). Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img] Text
24p NURUL AZWA PUAT.pdf

Download (593kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
NURUL AZWA PUAT COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (4MB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
NURUL AZWA PUAT WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB) | Request a copy

Abstract

Daya saing global dan kepelbagaian keperluan telah mendesak beberapa transformasi dalam bidang pendidikan. Sejajar dengan hasrat Lonjakan 1 PPPM(PT) dalam melahirkan graduan holistik, seimbang dan berciri keusahawanan, pendidikan fleksibel telah diperkenalkan melalui program 3+1 atau 2+2 dengan mengambil kira pembelajaran luar kampus atau berasaskan industri. Oleh itu, satu kajian telah dilaksanakan untuk mengkaji tahap kesediaan pengetahuan, kemahiran, sikap dan sumber dikalangan tenaga pengajar dalam perlaksanaan 2u2i di UTHM. Reka bentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk tinjauan deskriptif dan infrensi dengan menggunakan pendekatan kuantitatif melalui instrumen soal selidik. Sampel kajian dilakukan di 5 fakulti berasaskan kejuruteraan dan teknologi kejuruteraan di UTHM. Manakala kajian rintis dilakukan di 5 fakulti di UTEM. Manakala bagi kajian sebenar sampel kajian adalah sebanyak 217 responden daripada keseluruhan populasi berjumlah 521 orang. Data dianalisis menggunakan SPSS versi 21.0 dan juga perisian winstep bagi menentukan purata skor min, min logit, dan untuk melihat hubungan antara setiap konstruk yang telah dibina. Secara keseluruhannya, hasil analisis data menunjukkan bahawa tahap kesediaan tenaga pengajar dalam aspek pengetahuan (min=2.83), kemahiran (min=3.43), sikap (min=3.53) dan sumber (min=3.13) adalah pada tahap yang sederhana. Manakala hasil dapatan daripada ujian inferensi mendapati bahawa terdapat hubungan yang singnifikan setiap konstruk iaitu pengetahuan dengan kemahiran (r=0.668,p=0.000), pengetahuan dengan sikap (r=0.225,p=0.001), pengetahuan dengan sumber (r=0.310,p=0.000), kemahiran dengan sumber (r=0.507,p=0.000) dan sikap dan sumber (r=0.441, p=0.000). Oleh itu kajian ini adalah sangat releven supaya pihak terlibat dapat mempertingkatkan tahap kesediaan tenaga pengajar berkenaan konsep perlaksanaan 2u2i agar program ini dapat berjalan lancar.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 11 Aug 2021 05:04
Last Modified: 11 Aug 2021 05:04
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/630

Actions (login required)

View Item View Item