Pengintegrasian latihan vokasional masakan dan pendidikan Islam dalam kalangan remaja terlanjur di Pusat Pemulihan Akhlak Remaja

Esa, Ahmad and Abd Aziz , Zalina@Siti Aishah and Mohamad, Haerani (2014) Pengintegrasian latihan vokasional masakan dan pendidikan Islam dalam kalangan remaja terlanjur di Pusat Pemulihan Akhlak Remaja. Jurnal Kajian Pendidikan . ISSN 2088-1290

[img]
Preview
PDF
651Kb

Abstract

Program latihan vokasional masakan dan Pendidikan Islam merupakan salah satu usaha oleh Pusat Pemulihan Akhlak Remaja (PPAR) di Malaysia sama ada dari pihak kerajaan, swasta ataupun badan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu remaja terlanjur memperoleh kemahiran untuk membolehkan mereka bekerja apabila selesai menjalani latihan di PPAR. Walau bagaimanapun terdapat PPAR di Malaysia yang kurang berkesan melaksanakan program tersebut kerana tidak mengintegrasikan latihan kemahiran dan Pendidikan Islam. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk melihat pelaksanaan program latihan vokasional masakan, Pendidikan Islam dan pengintegrasian latihan vokasional masakan dan Pendidikan Islam serta kesan pengintegrasian latihan vokasional masakan dan Pendidikan Islam di enam lokasi PPAR di Malaysia. Kajian ini menggunakan kajian deskriptif berbentuk tinjauan dengan menggunakan instrument set borang soal selidik yang melibatkan 158 pelatih sebagai sampel kajian. Melalui analisis skor min dan sisihan piawai, dapatan kajian mendapati pelatih mempersetujui program pengintegrasian latihan vokasional masakan dan Pendidikan Islam dilaksanakan dengan baik dan memberi kesan positif kepada mereka. Kajian ini mencadangkan satu garis panduan yang lengkap dan seragam harus dimurnikan oleh pihak yang terlibat dalam mengaplikasikan program pengintegrasian latihan vokasional masakan dan Pendidikan Islam bukan setakat di PPAR, malahan juga di seluruh pusat latihan pendidikan di Malaysia.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:latihan vokasional masakan; pendidikan Islam; pengintegrasian
Subjects:L Education > LC Special aspects of education > LC0008 Forms of education
Divisions:Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
ID Code:6303
Deposited By:Prof. Madya Dr Ahmad Bin Esa
Deposited On:29 Jan 2015 15:08
Last Modified:29 Jan 2015 15:08

Repository Staff Only: item control page