Analisis keselesaan termal di bangunan fakulti Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor

Abdul Rahman, Afzainizam (2014) Analisis keselesaan termal di bangunan fakulti Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]PDF
1745Kb

Abstract

Keselesaan termal merupakan keperluan utama bagi seseorang penghuni sesebuah bangunan untuk melaksanakan kerja hariannya. Isu yang diutarakan dalam kajian ini ialah ketidakselesaan termal yang dihadapi oleh penghuni yang bekerja di dalam bangunan telah menimbulkan pelbagai masalah dari segi psikologi dan fisiologi di tempat kerja. Oleh hal yang demikian, kajian telah menggunakan pendekatan kuantitatif menerusi kaedah borang soal selidik dan pengukuran lapangan. Hasil analisis kajian mendapati bahawa bacaan suhu minimum ialah 28.9°C dan suhu maksimum pula ialah 32.4°C. Manakala, purata bacaan Indeks Ketidakselesaan (DI) pada waktu pagi, tengah hari dan petang masing-masing ialah 27.2°C, 28.0°C dan 28.4°C. Dengan indeks DI sebegini telah menyebabkan lebih 50 peratus populasi penghuni bagi ketiga-tiga bangunan mengalami masalah ketidakselesaan termal. Selain itu juga, hasil analisis persepsi responden, kajian mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara cuaca di luar bangunan pada waktu pagi dan tengah hari dengan tahap keselesaan termal responden. Impak dari ketidakselesaan termal telah menimbulkan beberapa gangguan kesihatan kepada responden seperti kulit kering, selesema, sakit kepala dan sebagainya. Oleh yang demikian, kebanyakan responden lebih cenderung membuka/menutup tingkap berbanding menggunakan alat penyaman udara bagi mendapatkan tahap keselesaan termal yang diinginkan. Di akhir kajian ini menyimpulkan bahawa, kualiti hidup bagi penghuni di bangunan fakulti UTHM berada pada tahap kurang memuaskan dengan julat keselesaan penghuni ialah di antara 21.5°C sehingga 30.2°C. Cadangan penambaikan yang boleh dilaksanakan oleh pihak PPH UTHM ialah mereka bentuk bangunan yang bercirikan kelestarian (bangunan hijau) dan mengaplikasikan teknologi pengudaraan bangunan yang tidak bergantung pada tenaga elektrik semata-mata.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:T Technology > TH Building construction > TH7005-7699 Heating and ventilation. Air conditioning
ID Code:6315
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:30 Mar 2015 16:39
Last Modified:30 Mar 2015 16:39

Repository Staff Only: item control page