Ab Halim, Fazlinda and Wan Muda, Wan Hanim Nadrah and Syed Zubin, Sharifah Hana (2020) Aplikasi M-pembelajaran dalam kalangan pelajar politeknik. Technical and Social Science Journal, 10 (1). pp. 64-73. ISSN 2289-7356
Text
AJ 2020 (297).pdf Restricted to Registered users only Download (382kB) | Request a copy |
Abstract
Pembangunan dan kemajuan teknologi mudah alih berkembang pesat setelah teknologi ini diterapkan dalam sistem pendidikan di Malaysia. M-pembelajaran adalah pendekatan pembelajaran yang menentukan penguasaan pengetahuan dan kemahiran melalui teknologi mudah alih. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bagi mengkaji tahap penggunaan m-pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran, faktor-faktor yang penggunaan m-pembelajaran serta sikap pelajar terhadap penggunaan m-pembelajaran ini dalam kalangan pelajar politeknik. Kajian ini berbentuk tinjauan secara deskriptif dan melibatkan seramai 322 sampel pelajar Politeknik Ibrahim Sultan. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen bagi tujuan pengumpulan data. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 21.0. Hasil analisis didapati tahap penggunaan m-pembelajaran dalam kalangan pelajar adalah tinggi. Faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan m-pembelajaran seperti persepsi kebergunaan (Perceived Usefulness - PU) dan persepsi mudah digunakan (Perceived Ease of Use-PEOU) berada pada tahap tinggi. Manakala sikap pelajar terhadap penggunaan m-pembelajaran dalam pembelajaran sangat positif. Dapatan kajian ini berguna kepada pensyarah serta pentadbir politeknik dalam meningkatkan penggunaan m-pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | M-pembelajaran; teknologi mobile; politeknik; pengajaran dan pembelajaran |
Subjects: | T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery > TJ210.2-211.47 Mechanical devices and figures. Automata. Ingenious mechanisms. Robots (General) |
Divisions: | Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education and Postgraduates |
Depositing User: | Miss Afiqah Faiqah Mohd Hafiz |
Date Deposited: | 30 Jan 2022 06:39 |
Last Modified: | 30 Jan 2022 06:39 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/6352 |
Actions (login required)
View Item |