Kajian keselamatan dalam makmal alam sekitar dan penghasilan buku panduan keselamatan

Mohamad Sani, Ronina Sainira (2003) Kajian keselamatan dalam makmal alam sekitar dan penghasilan buku panduan keselamatan. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn .

[img]
Preview
PDF
1793Kb

Abstract

Dalam bidang pendidikan Teknik dan Vokasional, kerja-kerja amali dalam makmal adalah merupakan pelengkap bagi pelajaran teori. Pengurusan makmal adalah penting kerana ia melibatkan keselamatan, nyawa pengguna dan peralatan makmal. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui sistem pengurusan dalam makmal dari segi susunatur peralatan dan meja kerja. Selain daripada itu tinjauan terhadap ciri-ciri keselamatan yang terdapat di dalam makmal juga akan dikaji bagi mengetahui keberkesanannya kepada pengguna. Metadologi kajian ini berdasarkan soal selidik yang diperolehi daripada 55 orang pelajar dan 10 orang pensyarah serta juruteknik. Penganalisaan data menggunakan perisian SPSS versi 11.0 dan dapatan kajian dianalisis dengan peratusan, skor min dan sisihan piawai. Hasil dapatan kajian merujuk kepada analisis data didapati keadaan makmal pada kebiasaannya nampak selamat namun masih terdapat ruang yang perlu diperbaiki dan dipertingkatkan. Oleh itu satu buku panduan keselamatan dihasilkan sebagai bimbingan kepada pelajar, pensyarah dan juruteknik. Daripada kajian ini adalah diharapkan ia akan dapat memberikan kesedaran tentang betapa pentingnya susunatur di dalam makmal yang dapat mengelakkan daripada berlakunya kemalangan serta pentingnya penerapan sikap pelajar supaya bertanggungjawab terhadap keselamatan diri dan peraturan yang telah ditetapkan di dalam makmal.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
ID Code:648
Deposited By:Nurul Elmy Mohd. Yusof
Deposited On:09 Mar 2011 09:45
Last Modified:29 Apr 2011 14:41

Repository Staff Only: item control page