Mohamed Jofree, Ammar Fikree (2021) Faktor-faktor yang mempengaruhi ketidakcekapan teknik industri pembuatan elektrik dan elektronik di Malaysia. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
|
Text
24p AMMAR FIKREE MOHAMED JOFREE.pdf Download (915kB) | Preview |
|
Text (Copyright Declaration)
AMMAR FIKREE MOHAMED JOFREE COPYRIGHT DECLARATION.pdf Restricted to Repository staff only Download (397kB) | Request a copy |
||
Text (Full Text)
AMMAR FIKREE MOHAMED JOFREE WATERMARK.pdf Restricted to Registered users only Download (30MB) | Request a copy |
Abstract
Industri pembuatan elektrik dan elektronik (E&E) merupakan salah satu sektor terpenting di Malaysia yang menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Namun, perkembangan pesat sektor ini pada peringkat global menuntut industri pembuatan E&E untuk menjadi lebih berdaya saing dan mempunyai strategi bagi meningkatkan kuantiti nilai tambah yang menggunakan input sedia ada. Kecekapan dan pertumbuhan sektor pembuatan E&E menyusut sebanyak 4.9% pada tahun 2015 berbanding dengan 6.2% pada tahun 2014. Ketidaktentuan kecekapan dan trend pertumbuhan ini memerlukan perhatian dalam mengenal pasti tahap kecekapan teknik (TE) dan faktor-faktor penentu ketidakcekapan teknik dalam industri pembuatan E&E di Malaysia pada tahun 2015 melalui penggunaan data pada peringkat firma yang diperoleh daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Kajian ini menggunakan sampel 587 data firma daripada 13 sub industri pembuatan E&E. Metodologi kajian ini adalah dengan menggunakan Analisis Perbatasan Stokastik (SFA) melalui pendekatan Transendental Logarithma atau Translog. Keputusan kajian menunjukkan tahap pengeluaran TE industri pembuatan E&E di Malaysia secara keseluruhannya, berada pada tahap tinggi iaitu 0.723%. Sementara itu, faktor penentu ketidakcekapan teknik iaitu kadar upah; perbelanjaan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT); serta perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) mempunyai kesan negatif dan signifikan terhadap ketidakcekapan teknik industri pembuatan E&E pada tahun 2015. Impikasi dapatan menunjukkan industri ini masih perlu meningkatkan pelaburan, terutamanya dari aspek modal insan serta tahap teknologi dan inovasi.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | T Technology > T Technology (General) H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD9000-9999 Special industries and trades > HD9680-9714 Mechanical industries Including electric utilities, electronic industries, and machinery |
Divisions: | Faculty of Technology Management and Business > Department of Business Management |
Depositing User: | Mrs. Sabarina Che Mat |
Date Deposited: | 06 Feb 2022 21:14 |
Last Modified: | 06 Feb 2022 21:14 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/6487 |
Actions (login required)
View Item |