Pembelajaran berasaskan aplikasi iedutech berdasarkan gaya pembelajaran visual dalam kalangan pelajar Pendidikan Teknikal Dan Vokasional (PTV)

Ahmad, Muhammad Fazrulhelmi (2021) Pembelajaran berasaskan aplikasi iedutech berdasarkan gaya pembelajaran visual dalam kalangan pelajar Pendidikan Teknikal Dan Vokasional (PTV). Masters thesis, Universiti Tun Hussein Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p MUHAMMAD FAZRULHELMI AHMAD.pdf

Download (8MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
MUHAMMAD FAZRULHELMI AHMAD COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Registered users only

Download (8MB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
MUHAMMAD FAZRULHELMI AHMAD WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (9MB) | Request a copy

Abstract

Pada asas setiap individu memiliki pelbagai gaya pembelajran semasa belajar. Jika pelajar dapat mengetahui gaya pembelajaran yang sesuai maka pelajar memperoleh keselesaan pembelajaran dan mengurangkan konflik yang timbul akibat pembelajaran. Gaya pembelajaran fleming VARK merupakan salah satu gaya pembelajaran yang meliputi secara Visual, Auditori, Baca atau Tulis dan Kinestetik dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kebergunaan pembelajaran pelajar berasaskan aplikasi Iedutech berdasarkan gaya pembelajaran visual. Sampel kajian yang dijalankan adalah melibatkan seramai 32 orang pelajar yang mengambil subjek Teknologi Maklumat dalam Pendidikan di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Kajian ini menggunakan kajian berbentuk Reka Bentuk Penyelidikan dan Pembangunan. Terdapat dua (2) jenis instrumen yang digunakan dalam kajian ini iaitu set soal selidik dan ujian pencapaian pra-pos. Perisian SPSS (Statistics Package for Social Science Version 22.0 for Windows) telah digunakan dalam menganalisis data yang diperolehi. Analisis data yang dijalankan adalah menggunakan skor min, kekerapan dan peratusan melalui tiga (3) aspek iaitu aspek isi kandungan, aspek interaksi dan aspek persembahan. Manakala Ujian-T (Paired T Test) digunakan bagi menilai pencapaian setiap pelajar. Dapatan kajian bagi tahap kebergunaan aplikasi Iedutech adalah nilai signifikan 0.000 (<0.5). Hal ini menunjukkan bahawa wujudnya perbezaan min yang signifikan di antara markah ujian pelajar dimana markah ujian pra lebih rendah daripada markah ujian pos pelajar. Secara kesimpulannya, aplikasi Iedutech dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada pelajar yang dominan terhadap gaya pembelajaran secara visual dan secara tidak langsung dapat menigkatkan pencapaian pelajar dalam pembelajaran. Pengkaji juga berharap agar aplikasi Iedutech ini boleh dikembangkan lagi oleh pengkaji-pengkaji akan datang mengikut kesesuaian semasa.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > T Technology (General)
L Education > LB Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology
Divisions: Faculty of Mechanical and Manufacturing Engineering > Department of Mechanical Engineering
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 06 Feb 2022 21:19
Last Modified: 06 Feb 2022 21:19
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/6492

Actions (login required)

View Item View Item