Kemahiran pemikiran komputasional pelajar melalui modul pembelajaran berasaskan teknologi internet pelbagai benda

Krishnan, Puganesri (2021) Kemahiran pemikiran komputasional pelajar melalui modul pembelajaran berasaskan teknologi internet pelbagai benda. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p PUGANESRI KRISHNAN.pdf

Download (2MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
PUGANESRI KRISHNAN COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (2MB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
PUGANESRI KRISHNAN WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB) | Request a copy

Abstract

kemahiran pemikiran komputasional pelajar, ke arah lebih kreatif dan kritis melalui penggunaan Modul Pembelajaran Berasaskan Teknologi Internet Pelbagai Benda (MP-IoT) yang telah dibangunkan oleh penyelidik. Pembangunan MP-IoT mengikut Model ADDIE dan melibatkan Teknologi Arduino yang diterapkan dalam 5 aktiviti pembelajaran secara amali. Kajian berbentuk kuantitatif jenis kuasi-eksperimental ini telah dijalankan ke atas 52 orang pelajar Tingkatan 4 dari 2 buah sekolah di daerah Batu Pahat, Johor dan Kuala Kangsar, Perak. Data pula telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Satu set ujian pencapaian pra dan pasca sebagai instrument telah dibangunkan. Analisis Item Indeks Kesukaran (IK), Indeks Diskriminasi, serta Interprestasi skor bagi nilai Alpha Cronbach telah digunakan bagi memastikan soalan ujian pencapaian sesuai digunakan. Manakala dalam proses pembangunan modul MP-IoT, seramai 6 orang guru dari mata pelajaran Sains Komputer dipilih sebagai pakar untuk mengenal pasti kesesuaian dari segi format, kandungan dan kebolehgunaan modul yang dibangunkan Skala Likert lima mata digunakan dalam kajian ini. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menggunakan ujian-T sampel berpasangan, menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap pencapaian pelajar kumpulan kawalan yang didedahkan dengan kaedah konvensional dengan kumpulan rawatan yang didedahkan dengan modul MPIoT, dengan nilai p-value adalah .000 iaitu kurang dari .05 (p<0.05). Selain itu, tahap kemahiran pemikiran komputasional pelajar juga meningkat setelah didedahkan dengan modul MP-IoT.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > T Technology (General)
L Education > LB Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 06 Feb 2022 21:20
Last Modified: 06 Feb 2022 21:20
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/6494

Actions (login required)

View Item View Item