Peluang kerjaya industri pelancongan bagi pelajar kursus Diploma Pengurusan Pelancongan politeknik

Fikri, Afandi (2002) Peluang kerjaya industri pelancongan bagi pelajar kursus Diploma Pengurusan Pelancongan politeknik. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1606Kb

Abstract

Industri pelancongan merupakan antara industri yang ketiga terbesar yang menyumbang kepada pendapatan negara. Potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi baru negara hanya dapat direalisasikan jika usaha-usaha memaju dan membangunkan industri pelancongan diberi penekanan yang sewajarnya. Isu-isu seperti alam sekitar, visa, kemudahan lapangan terbang, kebersihan persekitaran, sistem pengangkutan dan keselamatan pelancong, semuanya menyumbang secara positif dan negatif kepada jumlah pelancong yang melawat Malaysia. Kewujudan Kursus Pelancongan di peringkat sijil dan diploma di politeknik adalah diharapkan dapat membantu usaha-usaha kerajaan dalam menghasilkan tenaga kerja yang terlatih dan berketrampilan. Namun, adakah semua pelajar yang tamat pengajian dalam kursus sijil maupun diploma mempunyai peluang dalam keijaya dalam industri pelancongan. Di sini pengkaji ingin melihat adakah pelajar berpeluang untuk menceburi keijaya dalam industri pelancongan apabila tamat pengajian nanti, adakah peranan bimbingan kaunseling / unit kerjaya politeknik penting dalam memberi nasihat dan bimbingan kepada pelajar, adakah kemahiran menggunakan komputer memberikan lebih peluang keijaya kepada pelajar, serta adakah pembelajaran Sistem Penempahan Berkomputer memberikan kelebihan terhadap peluang kerjaya kepada pelajar. Responden yang dipilih seramai 45 orang merupakan bekas pelajar yang telah mendapat Sijil Pengurusan Pelancongan Politeknik Johor Bahru dan telah menyambung Diploma Pengurusan Pelancongan dalam Program Integrasi. Data dianalisis menggunakan SPSS versi 9.0. Pengkaji menggunakan kaedah soal selidik dan hasil dapatan dianalisis dalam bentuk skor min dan peratusan sahaja.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General)
ID Code:656
Deposited By:Nurul Elmy Mohd. Yusof
Deposited On:21 Mar 2011 14:36
Last Modified:29 Apr 2011 14:41

Repository Staff Only: item control page