Pembangunan dan penilaian modul web CD 'baikpulih komputer' : aplikasi dalam makmal baikpulih komputer di Politeknik Malaysia

Mustafa, Zaidah (2003) Pembangunan dan penilaian modul web CD 'baikpulih komputer' : aplikasi dalam makmal baikpulih komputer di Politeknik Malaysia. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1990Kb

Abstract

Modul Web CD BK yang dibangunkan merupakan satu media pengajaran yang mengandungi unit-unit aktiviti yang dibentuk untuk membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk menilai sejauh mana Modul Web CD BK dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dari aspek kreativiti, kesesuaian isi kandungan, kesesuaian strategi pembelajaran dan mesra pengguna. Responden untuk kajian ini terdiri daripada 45 orang pelajar semester akhir Sijil Kejuruteraan Elektronik(Komputer) di Politeknik Port Dickson (PPD). Tiga orang pensyarah yang berkemahiran dalam bidang membaikpulih komputer dan pembangunan CD interaktif telah ditemubual. Untuk kajian ini, instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik dan penilaian adalah berdasarkan persepsi responden terhadap keberkesanan Web CD BK. Sesi temubual juga dijalankan terhadap beberapa orang pensyarah untuk mengetahui faktor-faktor yang membantu dalam pembangunan Web CD BK yang berkesan. Data-data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) Versi 10.0 yang melibatkan skor min. Dapatan.kajian menunjukkan Web CD BK yang dibangunkan adalah pada tahap yang memuaskan dengan skor min keseluruhan adalah 3.99 (skor min : kreativiti = 3.84, isi kandungan = 4.06, strategi pembelajaran = 4.08 dan mesra pengguna = 3.93). Walau bagaimanapun, Web CD BK dapat membantu pensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran di mana pencapaian pelajar meningkat dengan penggunaan Web CD BK ini. Web CD BK yang dibangunkan ini boleh dipertingkatkan dengan membuat beberapa penambahan seperti yang dicadangkan oleh responden seperti isi kandungan yang lebih terperinci, contoh-contoh yang lebih banyak dan animasi. Penyelidik mencadangkan agar Web CD BK ini dimurnikan isi kandungannya supaya semua topik yang dibincangkan dapat dipelajari dengan lebih terperinci dan dibangunkan laman webnya.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
ID Code:657
Deposited By:Nurul Elmy Mohd. Yusof
Deposited On:21 Mar 2011 14:47
Last Modified:29 Apr 2011 14:41

Repository Staff Only: item control page