Keberkesanan penggunaan aplikasi socrative terhadap pencapaian dan minat murid bagi mata pelajaran sains di sekolah rendah

Ganason, Premma (2019) Keberkesanan penggunaan aplikasi socrative terhadap pencapaian dan minat murid bagi mata pelajaran sains di sekolah rendah. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img] Text
24p PREMMA GANASON.pdf

Download (764kB)
[img] Text (Full Text)
PREMMA GANASON WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Teknologi Web 2.0 merupakan satu platform pembelajaran dalam talian yang kian popular dan mendapat perhatian yang tinggi di kalangan guru dan pelajar dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Salah satu aplikasi dalam web 2.0 yang digunakan untuk PdPc adalah aplikasi Socrative. Kementerian Pendidikan Malaysia juga sedang menggalakkan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan taraf pendidikan di Malaysia. Namun, terdapat juga persoalan sama ada aplikasi web 2.0 ini berkesan atau tidak dalam meningkatkan pencapaian pelajar. Maka, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan aplikasi Socrative terhadap pencapaian dan minat bagi mata pelajaran Sains di kalangan pelajar sekolah rendah. Keberkesanan aplikasi Socrative dinilai dari segi dua aspek iaitu tahap minat pelajar terhadap aplikasi Socrative dan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains. Kajian berbentuk kuantitatif ini dijalankan terhadap pelajar darjah lima di dua buah sekolah di daerah Segamat yang melibatkan seramai 66 pelajar sebagai responden kajian. Kaedah analisis kajian adalah berbentuk deskriptif dan menggunakan borang soal selidik, Rancangan Pelajaran Harian (RPH) dan ujian pencapaian (ujian pra dan ujian pasca). Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian IBM SPSS Versi 20.0 bagi mendapatkan nilai min, ujian-t dan pearson. Dapatan kajian didapati penggunaan aplikasi Socrative berkesan untuk meningkatkan pencapaian dan tahap minat pelajar dalam mata pelajaran Sains. Namun begitu tiada perbezaan antara pencapaian pelajar kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen kerana kedua-dua kumpulan menunjukkan peningkatan pencapaian dalam ujian pasca. Berdasarkan kepada dapatan yang diperolehi, beberapa cadangan untuk penyelidikan lanjutan bagi menjayakan penggunaan aplikasi Socrative juga ada diutarakan.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 19 Aug 2021 03:30
Last Modified: 19 Aug 2021 03:30
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/658

Actions (login required)

View Item View Item