Sistem pengurusan Pusat Latihan Memandu Spim Hi Tech

Abd Latif, Siti Nadirah and Omar, Nurul Aswa (2021) Sistem pengurusan Pusat Latihan Memandu Spim Hi Tech. Penerbit UTHM, UTHM.

[img] Text
P13665_5f6cc8fa78b2ab94b141ad992f9f42d6.pdf
Restricted to Registered users only

Download (495kB) | Request a copy

Abstract

Pusat latihan memandu adalah syarikat yang menawarkan perkhidmatan untuk belajar memandu bagi sesiapa yang ingin mendapatkan lesen memandu. Sistem pengurusan Pusat Latihan Memandu SPIM Hi Tech merupakan sistem yang membantu pengurusan maklumat dan proses pengambilan lesen secara dalam talian. Pada masa kini, penggunaan sistem pengurusan latihan memandu kurang digunapakai dan masih menggunakan proses secara manual. Hal ini menimbulkan kesulitan terhadap pelajar dan pengajar untuk setiap proses seperti memaparkan maklumat pelajar dan jadual pembelajaran. Sistem pengurusan Pusat Latihan Memandu SPIM Hi Tech ini dapat memudahkan pencarian dan menyimpan maklumat pelajar dengan lebih selamat. Selain itu, sistem Pengurusan Pusat Latihan Memandu SPIM Hi Tech ini dapat menjimatkan masa pelajar untuk berdaftar. Pemilihan metodologi bagi Sistem Pengurusan Pusat Latihan Memandu SPIM Hi Tech ialah model air terjun. Pemilihan metodologi ini kerana lebih tersusun dan mengikut turutan. Bagi menyiapkan projek ini, perisian diguna seperti windows 10, Bracket, HTML5, PHP dan Java. Oleh itu, pembangunan Sistem Pengurusan Pusat Latihan Memandu SPIM Hi Tech berjaya dibangunkan berdasarkan hasil keputusan dari pengguna yang menguji sistem ini.

Item Type: Other
Uncontrolled Keywords: Pusat latihan memandu; pengurusan atas talian; Spim Hi Tech; JPJ
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Divisions: Faculty of Computer Science and Information Technology > Department of Software Engineering
Depositing User: Mr. Abdul Rahim Mat Radzuan
Date Deposited: 15 Mar 2022 02:36
Last Modified: 15 Mar 2022 02:36
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/6726

Actions (login required)

View Item View Item