Sistem pengurusan maklumat Ko-kurikulum SK To’ Uban

Zanalabidin, Nur Ain Shahira and Abd Aziz, Ruhaya (2021) Sistem pengurusan maklumat Ko-kurikulum SK To’ Uban. Penerbit UTHM, UTHM.

[img] Text
P13704_7a989ae777dd75156adb2c333c113e75.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Sistem Pengurusan Maklumat Kokurikulum Sekolah Kebangsaan To’ Uban merupakan sistem berasaskan web yang dibangunkan untuk membantu pihak SK To’ Uban dalam menguruskan maklumat kokurikulum sekolah tersebut. Penggunaan sistem manual yang masih digunakan oleh pihak SK To’ Uban menjadi masalah utama menyebabkan kerja- kerja berkaitan maklumat kokurikulum sekolah menjadi lambat dan kurang efektif. Hal ini menyebabkan proses mengemaskini data kokurikulum menjadi lambat dan menghadapi masalah kehilangan data. Selain itu, proses pendokumentasian maklumat sekolah juga menjadi lambat dan tidak teratur. Oleh itu, sistem yang berasaskan web ini dibangunkan bagi mengatasi masalah tersebut. Model pembangunan perisian yang digunakan untuk projek ini ialah Model Prototaip yang melibatkan lima fasa penting iaitu Fasa Perancangan, Fasa Analisis, Fasa Reka Bentuk, Fasa Pelaksanaan dan Fasa Pengujian. Model ini amat sesuai dan fleksibel untuk digunakan di dalam projek ini. Sistem ini dibangunkan berasaskan web yang dibina menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP dan MySQL sebagai pangkalan data. Kesimpulannya, Sistem Pengurusan Maklumat Kokurikulum SK To’ Uban yang dibangunkan ini diharap dapat membantu pihak sekolah SK To’ Uban untuk meningkatkan keberkesanan proses pengurusan bahagian kokurikulum yang mana lebih baik berbanding sistem sebelumnya iaitu sistem manual.

Item Type: Other
Uncontrolled Keywords: Prototaip; sistem pengurusan; PHP; MySQL
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Divisions: Faculty of Computer Science and Information Technology > Department of Information Security
Depositing User: Mr. Abdul Rahim Mat Radzuan
Date Deposited: 15 Mar 2022 02:45
Last Modified: 15 Mar 2022 02:45
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/6740

Actions (login required)

View Item View Item