Sistem pemantauan pengairan dan saliran sawah padi menggunakan teknologi komunikasi mudah alih

Othman, Ahmad Akmal Hilmi and Puteh, Saifullizam and Buhari, Rosnawati (2021) Sistem pemantauan pengairan dan saliran sawah padi menggunakan teknologi komunikasi mudah alih. In: Pembangunan Produk & Reka Bentuk (Product Development & Design). Penerbit UTHM, UTHM, pp. 53-67. ISBN 978-967-2975-67-0

[img] Text
6.pdf
Restricted to Registered users only

Download (717kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan sesuatu produk yang dapat membantu pekerja dalam menyelia keadaan sistem saliran air di sawah padi dengan menggunakan sistem telekomunikasi mobile. Sebelum produk ini dibangunkan, kaedah penyeliaan sistem ini dikendalikan oleh Lembaga Kemajuan Petani Muda (MADA) dengan kaedah manual yang memerlukan tenaga pekerja. Kaedah ini tidak sesuai diaplikasikan kerana memerlukan tempoh masa yang lama dan status informasi yang lambat. Tujuan utama kajian ini adalah merekabentuk dan membangunkan sistem yang boleh meningkatkan kecekapan dalam menyelia keadaan sistem saliran air di sawah. Dalam reka bentuk projek, Model Engineering Design Proses (EDP) adalah dirujuk bagi membantu untuk membangunkan projek sistem pemantauan saliran di sawah padi. Analisis bagi penyambungan litar ini dibangunkan menggunakan aplikasi Proteus untuk mengetahui penyambungan sebenar bagi setiap komponen dan modul elektronik yang digunakan dalam pembangunan prototaip ini. Hasil kajian menunjukkan segala objektif yang dinyatakan telah dicapai dengan baik serta dapat memantau sistem saliran sawah padi dengan baik.

Item Type: Book Section
Uncontrolled Keywords: Pemantauan pengairan saliran sawahpadi; teknologi komunikasi Mudah Alih
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Skills and Professional
Depositing User: Mr. Abdul Rahim Mat Radzuan
Date Deposited: 20 Mar 2022 06:57
Last Modified: 20 Mar 2022 06:57
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/6777

Actions (login required)

View Item View Item