Pembangunan 'digital elektronik kit':satu pendekatan visual dalam aplikasi ABBM

Madar, Ahmad Rizal and Latif, Siti Saharah and Rahhim, Mohamad Rafi and Mustafa, Mohamad Zaid Pembangunan 'digital elektronik kit':satu pendekatan visual dalam aplikasi ABBM. In: Persidangan Kebangsaan Pendidikan Sains dan Teknologi 2009 (PKPST 09).

[img]
Preview
PDF
9Mb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah kit pembelajaran sebagai alat bahan bantu mengajar (ABBM) dalam matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di sekolah Menengah Teknik (SMT)). Fasa pembangunan produk ini melibatkan lima peringkat iaitu 'analysis', 'design', 'development', 'implementation' dan 'evaluation '. Proses ini bersifar menyeluruh dan merangkumi peringkat-peringkat yang efektif bagi sesebuah kajian rekabentuk dan pembangunan sebuah produk. Kajian ini menumpukan kepada subtopik get logik iaitu get logik ATAU, get logik DAN, get logik TAK, get logik TAKDAN, get logik TAKATAU serta get logik ATAU EKSKLUSIF. Sub topik litar kombinasi get logik turut disertakan iaitu penambah separuh, penambah penuh, penolak separuh dan penolak penuh. Sub topik flip-flop RS, flip-flop D, flip-flop T dan flip-flop JK mengunakan litar bersepadu (intergrated circuit, IC) dari keluarga transistor-transistor logic (TTL) dan complementary model oxide (CMOS) turut disertakan. Selain itu sebanyak 18 aktiviti ujikaji makmal juga telah dihasilkan bagi memudahkan pelajar memahami fungsi get logik. Produk yang dihasilkan ini telah mendapat pengesahan pakar berkaitan rekabentuk dan kebolehfungsiannya untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:alat bahan bantu mengajar (ABBM)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Divisions:Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Engineering Education
ID Code:6789
Deposited By:SITI AFIFAH CHE ISMAIL
Deposited On:15 Jun 2015 15:22
Last Modified:15 Jun 2015 15:22

Repository Staff Only: item control page