Perkembangan islam di kalangan Orang Asli dari tahun 1987- 1997: satu tinjauan dan sudut penerimaan masyarakat asli di Post Brook Gua Musang, Kelantan.

Ismail, Mohd Sabri (1999) Perkembangan islam di kalangan Orang Asli dari tahun 1987- 1997: satu tinjauan dan sudut penerimaan masyarakat asli di Post Brook Gua Musang, Kelantan. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
Text
24p MOHD SABRI ISMAIL.pdf

Download (6MB) | Preview

Abstract

Post Brook merupakan sebuah perkampungan masyarakat Orang Asli yang terletak jauh di pedalaman dan salah satu tempat yang mendapat perhatian serius dari beberapa pihak dalam mengembangkan Islam, malah berusaha meningkatkan pencapaian dalam berbagai aspek kehidupan terrnasuk pendiclkan, kesihatan dan sebagainya. Walaupun dlkatakan tempat ini jauh dari percatwan perhubungan luar narnun, keadaan ini tidak seQkit pun menjadi penghalang bagi pengembangan Islam kepada masyarakat di sana. Semenjak mutakhir ini perkembangan Islam di kalangan Orang Asli begitu memberangsangkan malah peningkatannya begitu ketara dari setahun ke setahun. Berasaskan ini telah menarik minat penulis untuk rnembuat kajian serta melihat perkembangan Islam di kalangan mereka. Untuk mencapai kearah itu, penulis mendapatkan data-data yang diperlukan dengan menggunakan dua bentuk penyelidkan yang utama iaitu penyelidikan perpustakaan (Library Research) dan penyelidikan lapangan (Field Research). Penyelidikan perpustakaan kebanyakannya digunakan dalam hampir semua bab terrnasuklah bab pertama, kedua, ketiga dan sedikit dalam bab keeinpat. Manakala dalam penyelidikan lapangan pula penulis mengunakan beberapa bentuk metode seperti metode interview, metode soalselidik dan metode: observasi bagi mendapatkan data yang berkaitan dengan tepat. Kajian ini memberi tumpuan kepada peningkatan pemeluk agarna Islam & kalangan masyarakat Orang Asli dan meninjau dari sudut penerimaan mereka terhadap agama Islam dan tahun 1987 - 1997, Q Post Brook, Gua Musang. Ini bag memantapkan lagi perisian kajian supaya lebih bermutu. Dalam bab I kajian ini, sebagai pendahuluan penulis memberi gambaran awal tentang beberapa perkara yang berkaitan dengan kajian ini. Antara lainnya ialah tentang latar belakang kajian yang membicarakan berhubung dengan perkembangan Islam dan Islam sebagai satu againa yang di redhai oleh Allah Ta'ala. Antara lain yang dibincangkan ialah pernyataan masalah, kepentingan kajian ini, tujuan kajian ini dibuat, batasan kajian, kajian-kajian lepas, pengertian tajuk bagi menjelaskan lagi maksud dan kehendak tajuk kajian, metodolg kajian serta sisternetika kajian. Dalam bab II pula, penulis memberi penumpuan kepada elemen persejarahan di Kelantan dari aspek sejarah awal negeri Kelantan sebagai latarbelakang tempat kajian. la juga meliputi era perkembangan Islam di Kelantan sebagai salah satu gambaran awal iaitu menyatakan bahawa Kelantan merupakan satu tempat yang berpotensi untuk Islam berkembang, dengan menyebut dalam kajian ini beberapa orang tokoh UlamaS-Ularna' yang terkenal, bukan sekadar dalarn negeri malah hinggalah keluar negeri dalarn rnemperkembangkan Islam melalui pengajaran ilmuilmu agama. Bab 111 penulis memberi penekanan kepada beberapa aspek yang berkaitan dengan Orang Asli di rnana perkara yang dibincangkan dalkm bab ini ialah berkaitan dengan istilah Orang Asli, Asal usul, penjumlahan masyarakat Orang Asli di Kelantan dan juga meninjau mengenai kepercayaan yang wujud di kalangan mereka. Tidak ketinggalan juga dalam bab ini penulis membincangkan perkembangan Islam di kalangan mereka serta pihak yang bertanggungjawab menyebarkan Islam terhadap rnasyarakat Orang Asli, maIah melihat dari sudut beberapa halangan yang dihadapi oleh pendakwah dalam memperkembangan Islam kepada masyarakat Orang Asli. Dalam bab IV penulis membincangkan berhubung dengan penyebaran Islam di Post Brook sebagai tempat atau sasaran kajian, di mana dalam bab ini penulis mengupas beberapa aspek utama yang berkaitan dengan Post Brook seperti Sejarah Post Brook, Asa usul Masyarakat Orang Asli di sana, keadaan kehdupan mereka dari 3 aspek utama iaitu Ugama, Ekonomi, dan Sosial. Antara lain juga dibincangkan dalam bab ini ialah tentang Institusi Sosial Orang Asli, kemasukan Islam di Post Brook, pelopor kepada penyebaran Islam, faktor-faktor mereka tertarik kepada Islam dan juga pendekatan yang digunakan oleh para pendakwah dalam menarik masyarakat Orang Asli Post Brook menerima Islam serta pernasalahan yang dihadapi oleh pendakwah mahupun keberkesanan dakwah yang dijalankan. Bab yang terakhir sekali, iaitu dalam bab V penulis membuat rumusan terhadap apa yang dibincangkan mengikut bab-bab yang terdapat dalam kajian disertasi ini. Sejauhmana apa yang di usahakan itu mencapai kejayaan serta membentangkan beberapa cadangan bagi meningkatkan lag1 usaha dan pencapaian Dakwah Islamiah di kalangan masyarakat Orang Asli.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 28 Mar 2022 01:37
Last Modified: 28 Mar 2022 01:37
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/6842

Actions (login required)

View Item View Item