Kepimpinan instruksional dalam peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam kalangan pensyarah

Ahmad , Ahmad Fauzi (2014) Kepimpinan instruksional dalam peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam kalangan pensyarah. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
779Kb

Abstract

Kajian ini meneroka amalan kepimpinan instruksional pensyarah sebagai pemimpin pengajaran dan pembelajaran di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Sri Gading, Kolej Kemahiran Tinggi MARA Ledang dan Kolej Kemahiran Tinggi Masjid Tanah. Pensyarah yang dipilih sebagai kepimpinan instruksional adalah terdiri daripada Timbalan Pengarah HEA, Ketua Jabatan, Ketua Program, Ketua Unit dan Penyelaras Kursus yang berasaskan empat amalan pengurusan instruksional iaitu merangka matlamat pengajaran dan pembelajaran, pemantauan kurikulum dengan pengajaran dan pembelajaran, mengekalkan pemantauan kurikulum dengan pengajaran dan pembelajaran, dan berdasarkan sokongan pembelajaran dengan pengajaran dan pembelajaran. Kajian deskriptif ini dijalankan secara tinjauan keatas 108 responden dari tiga lokasi kajian dengan menggunakan borang soal selidik. Pengumpulan data secara mengedarkan soal selidik mengandungi bahagian demografi dan 4 bahagian mengandungi 24 item kajian kepada semua responden. Analisis data berasaskan perisian SPSS versi 20 dalam bentuk statistik deskriptif iaitu nilai min, sisihan piawai, ujian-t sampel bebas dan anova satu hala. Hasil kajian ini semuanya menunjukkan pada tahap tinggi dalam kepimpinan instruksional berdasarkan pemantauan kurikulum pembelajaran. Ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kepimpinan instruksional dengan jantina dan ujian anova satu hala menunjuk tidak terdapat pebezaan yang signifikan antara status jawatan dengan kepimpinan instruksional. Dapatan kajian ini, menunjukkan bahawa pensyarah KKTM mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang baik dalam kepimpinan instruksional dalam pengajaran dan pembelajaran.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
ID Code:7061
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:29 Oct 2015 15:36
Last Modified:29 Oct 2015 15:36

Repository Staff Only: item control page