Electronic problem based learning (ePBL) sebagai medium bagi memudahcarakan pembelajaran pemindahan ilmu dalam kalangan pelajar UTHM

Hamin, Farhana (2014) Electronic problem based learning (ePBL) sebagai medium bagi memudahcarakan pembelajaran pemindahan ilmu dalam kalangan pelajar UTHM. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
259Kb

Abstract

Pelajar didapati kurang peka dan sensitif terhadap isu dan masalah yang dihadapi masyarakat. Pelajar kurang pengalaman pemindahan ilmu dan tidak dapat mengaplikasi ilmu didunia sebenar. Objektif kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti pendekatan medium ePBL untuk memudahcarakan pembelajaran pemindahan ilmu dalam kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda di UTHM. Pemilihan sampel bertujuan dilakukan kepada 86 orang sampel yang sedang menjalankan projek pemindahan ilmu komuniti untuk subjek UWB 10202. Kajian ini dijalankan secara tinjauan diskriptif kaedah kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis statistik diskriptif dan analisis statistik inferens (paired t-test). Dapatan analisis diskriptif menunjukkan bahawa tahap ilmu pelajar dalam pembelajaran pemindahan ilmu adalah rendah, manakala tahap pendedahan kepada pembelajaran ePBL adalah tinggi dan tahap pembelajaran pemindahan ilmu dengan medium ePBL adalah tinggi sepanjang pelajar melaksanakan projek pemindahan ilmu komuniti. Analisis inferens menunjukan terdapat perbezaan signifikan di antara tahap kemahiran insaniah sebelum pembelajaran pemindahan ilmu dengan tahap kemahiran insaniah selepas pembelajaran pemindahan ilmu. Kesimpulannya hasil kajian menunjukkan medium ePBL membantu memudahcarakan pembelajaran pemindahan ilmu dalam kalangan pelajar UTHM.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LC Special aspects of education > LC0008 Forms of education
ID Code:7064
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:29 Oct 2015 15:34
Last Modified:29 Oct 2015 15:34

Repository Staff Only: item control page