Amalan penyeliaan pensyarah pembimbing terhadap pelaksanaan latihan industri di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan, Pahang

Baharuddin, Asiana (2014) Amalan penyeliaan pensyarah pembimbing terhadap pelaksanaan latihan industri di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan, Pahang. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]PDF
290Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji aspek-aspek amalan penyeliaan pensyarah pembimbing terhadap pelaksanaan latihan industri. Kajian ini dijalankan di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan, Pahang. Reka bentuk kajian ini ialah berbentuk tinjauan. Kajian ini melibatkan penglibatan dari pensyarah pembimbing dan pelajar dari tiga Jabatan Kejuruteraan iaitu Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Kejuruteraan Awam. Seramai 30 responden yang terdiri dari pensyarah pembimbing dan 90 responden terdiri dari pelajar dipilih secara rawak terlibat dalam kajian ini. Komponen amalan penyeliaan pensyarah pembimbing dibahagikan kepada tiga (3) konstruk iaitu konstruk pengetahuan, konstruk kemahiran dan konstruk sikap. Kajian rintis telah dijalankan dalam kalangan 30 orang pensyarah pembimbing dan 30 orang pelajar politeknik yang dipilih. Alpha Cronbach digunakan untuk menguji ketekalan dalaman item dalam soal selidik dan nilainya ialah 0.636 bagi soal selidik pensyarah pembimbing. Manakala Alpha Cronbach dalam soal selidik pelajar memberikan nilai 0.903. Dalam kajian ini, analisis diskriptif seperti peratusan, min dan frekuensi digunakan untuk mengenalpasti ciri-ciri aspek amalan penyeliaan pensyarah pembimbing dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dengan menggunakan bantuan perisisan Statistical Packages for Social Sciences for Windows Version 22.0 (SPSS). Ujian korelasi Pearson digunakan untuk menguji hipotesis dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan skor min konstruk pengetahuan, kemahiran dan sikap merupakan aspek yang berada pada tahap yang sederhana dari pensyarah pembimbing dan pelajar. Ini menunjukkan wujud kesinambungan jawapan soal selidik antara pensyarah pembimbing dan pelajar. Ujian korelasi di antara aspek amalan kemahiran dan pengetahuan serta aspek amalan sikap menunjukan terdapat hubungan yang signifikan. Kesimpulan yang diperolehi daripada kajian ini ialah pensyarah pembimbing perlu memiliki amalan-amalan penyeliaan yang lebih menjurus kepada pembentukan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan oleh pelajar semasa menjalani latihan industri bagi melengkapkan keperluan pelajar untuk menghadapi alam pekerjaan kelak.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LC Special aspects of education > LC0065 Social aspects of education
ID Code:7080
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:29 Oct 2015 15:04
Last Modified:29 Oct 2015 15:04

Repository Staff Only: item control page