Hamdan, Nuraffefa and Yee, Mei Heong and Jailani, Azrol and Masran, Saiful Hadi and Boon Ching, Boon Ching and Tee, Tze Kiong and Mohamad, Mimi Mohaffyza (2021) Penggunaan gaya berfikir dan kemahiran berfikir aras tinggi bagi menyelesaikan masalah dalam penghasilan produk: analisis keperluan. Sains Insani, 6 (2). pp. 182-192.
Text
J13994_3255c379af13946a80970d40f2ce5341.pdf Restricted to Registered users only Download (373kB) | Request a copy |
Abstract
Penyelesaian masalah merupakan kaedah yang praktis yang bertujuan untuk menjana idea yang bernas untuk membentuk beberapa penyelesaian yang lebih paktikal dan efektif. Penghasilan idea dalam penghasilan produk memerlukan pemikiran yang kompleks iaitu kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis keperluan gaya berfikir dan KBAT bagi menyelesaikan masalah dalam penghasilan produk dalam kalangan pelajar. Reka bentuk kajian ini berbentuk deskriptif dengan pendekatan kuantitatif. Seramai 320 orang pelajar bidang Diploma Kejuruteraan Awam di Politeknik Sultan Abdul Halim Muad’zam Shah telah dipilih secara rawak sebagai sample kajian. Satu set soal selidik yang dibangunkan telah digunakan sebagai instrumen kajian. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS dan dibentangkan dalam bentuk min, frekuensi dan peratusan. Kajian menunjukkan bahawa sebanyak 90.9% pelajar menghadapi masalah semasa menyelesaikan tugasan berbentuk menyelesaikan masalah dalam penghasilan produk. Masalah yang paling banyak dihadapi semasa menyelesaikan masalah adalah menggunakan minda untuk mencari makna dan penyelesaian terhadap keraguan atau masalah yang timbul. Manakala, masalah yang paling banyak dihadapi semasa menyelesaikan tugasan dalam penghasilan produk adalah mencari idea untuk membangunkan sesuatu produk. Faktor�faktor kesukaran menyelesaikan masalah dalam penghasilan produk adalah tidak mempunyai kemahiran khusus, tidak mempunyai pengetahuan mengenai kemahiran khusus dan tidak mempunyai latihan khusus. Akibatnya, pelajar mengalami kesukaran menyelesaikan masalah dalam penghasilan produk. Namun begitu, 95.6% pelajar berpendapat bahawa mereka memerlukan ilmu gaya berfikir dan KBAT yang memberikan penerangan mengenai langkah kerja secara lengkap bagi menyelesaikan masalah dalam penghasilan produk. Dapatan ini memberi implikasi kepada pelajar untuk memperoleh dan meningkatkan Gaya Berfikir dan KBAT bagi menyelesaikan masalah dalam penghasilan produk
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Gaya berfikir; kemahiran berfikir aras tinggi; menyelesaikan masalah; penghasilan produk |
Subjects: | T Technology > T Technology (General) |
Depositing User: | Mr. Abdul Rahim Mat Radzuan |
Date Deposited: | 14 Jun 2022 02:15 |
Last Modified: | 14 Jun 2022 02:15 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7184 |
Actions (login required)
View Item |