Modul pembelajaran kadar kendiri perisian lembaran elektronik (MS Excel) bagi matapelajaran pengenalan komputer (P104) untuk meningkatkan kemahiran teknologi maklumat di kalangan pelajar diploma perakaunan politeknik

Abu Bakar , Siti Zakiah (2002) Modul pembelajaran kadar kendiri perisian lembaran elektronik (MS Excel) bagi matapelajaran pengenalan komputer (P104) untuk meningkatkan kemahiran teknologi maklumat di kalangan pelajar diploma perakaunan politeknik. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
849Kb

Abstract

Pengetahuan perisian lembaran elektronik (Ms Excel) merupakan pengetahuan asas bagi perisian perakaunan berkomputer. la bukan sahaja memudahkan tugasan harian seorang akauntan, tetapi juga sebagai memenuhi permintaan kemahiran tcknologi maklumat (IT) di pasaran kerjaya yang penuh cabaran. Kajian awal mendapati kebanyakan pelajar perakaunan di politeknik kurang berpengetahuan menggunakan perisian lembaran elektronik (Ms Excel) bagi matapelajaran Pengenalan Komputer (PI04). Oleh itu, Modul Pembelajaran Kadar Kendiri Lembaran Elekronik (Ms Excel), dihasilkan bagi membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka. Modul berkenaan telah diedarkan kepada 50 orang pelajar diploma perakaunan. Pengetahuan mereka diukur berdasarkan peningkatan pencapaian markah ujian pra dan markah ujian pos. Setelah itu, mereka juga diminta untuk memberikan pendapat mengenai modul yang dihasilkan menerusi borang soal selidik yang disediakan. Hasil kajian mendapati bahawa terdapatnya peningkatan pengetahuan perisian lembaran elektronik (Ms Excel) berdasarkan pencapaian markah ujian pra dan ujian pos. Selain itu, para pelajar menunjukkan sikap dan motivasi yang sangat positif semasa mengikuti kaedah pembelajaran ini.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HF Commerce
ID Code:724
Deposited By:Nurul Elmy Mohd. Yusof
Deposited On:15 Apr 2011 10:21
Last Modified:29 Apr 2011 14:41

Repository Staff Only: item control page