Kepemimpinan wanita dalam kesultanan Aceh Dar Al-Salam pada abad ke 17M

Nordin, Shah Rul Anuar (2020) Kepemimpinan wanita dalam kesultanan Aceh Dar Al-Salam pada abad ke 17M. In: Ketahanan Nasional - Perspektif Malaysia - Thailand. Penerbit UTHM, pp. 75-86. ISBN 978-967-2389-98-9

[img] Text
Chap04 Kepemimpinan wanita dalam kesultanan Aceh Dar Al-Salam pada abad ke 17M.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (135kB) | Request a copy

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk menyorot kembali kebijaksanaan politik masyarakat Melayu Islam dalam Kesultanan Aceh Dar al-Salam pada abad ke 17M. Kesultanan Aceh Dar al-Salam merupakan antara kesultanan Islam di dunia yang pernah melantik wanita sebagai ketua negara. Empat orang Sultanah telah berjaya menerajui Kesultanan Aceh pada abad ke 17M dan sekali gus membuktikan bahawa wanita Melayu bijak, berani dan apa yang lebih penting ia dilakukan tanpa menimbulkan kontroversi dalam tatasusila beragama selama 58 tahun. Mereka adalah Sultanah Tajul Alam Safiatuddin Shah (1641-1675), Sultanah Nurul Alam Naqiatuddin Shah (1675-1678), Sultanah Zakiatuddin Inayat Shah (1678-1688) dan Sultanah Zinatuddin Kamalat Shah (1688-1699). Penulisan ini cuba menyingkap pengalaman dan rahsia unik kepemimpinan wanita Melayu Islam dalam Kesultanan Aceh Dar al-Salam pada abad ke 17M melalui metode kualitatif menggunakan pendekatan analisis isi kandungan buku, jurnal serta dokumen berkaitan. Kajian mendapati bahawa sumber kekuatan kepemimpinan wanita dalam Kesultanan Aceh Dar al-Salam pada abad ke 17M adalah para ulama. Gandingan antara umara dan para ulama yang terkenal pada waktu itu seperti Sheikh Nuruddin al-Raniri dan Sheikh Abdul Rauf Singkil berjaya mengekalkan dominasi politik Aceh di Alam Melayu. Selain itu, cinta kepada ilmu pengetahuan menyebabkan karya-karya tulis para ulama seperti kitab Taj al-Salatin dan fatwa Sheikh Abdul Rauf Singkil dijadikan panduan oleh kepemimpinan wanita pada waktu itu.

Item Type: Book Section
Uncontrolled Keywords: Kepemimpinan; Wanita; Kesultanan Aceh Dar al-Salam
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Depositing User: Mr. Abdul Rahim Mat Radzuan
Date Deposited: 25 Oct 2021 09:55
Last Modified: 25 Oct 2021 09:55
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/729

Actions (login required)

View Item View Item