Jamaludin, Mohd Faizal (2003) Penghasilan manual penyediaan perancangan perniagaan bagi industri kecil dan sederhana: satu kajian di Politeknik Seberang Perai. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.
|
Text
24p MOHD FAIZAL JAMALUDIN.pdf Download (662kB) | Preview |
|
Text (Copyright Declaration)
MOHD FAIZAL JAMALUDIN COPYRIGHT DECLARATION.pdf Restricted to Repository staff only Download (295kB) | Request a copy |
||
Text (Full Text)
MOHD FAIZAL JAMALUDIN WATERMARK.pdf Restricted to Registered users only Download (30MB) | Request a copy |
Abstract
Kajian ini dilaksanakan untuk menentukan elemen-elemen yang bersesuaian bagi menghasilkan sebuah Perancangan Perniagaan yang lengkap dan berkesan. Fokus kajian ini ialah untuk melihat tahap pemahaman dan pengetahuan 41 orang pelajar Semester 6 Diploma Pengurusan Perniagaan Sesi 2003/ 2004 di Politeknik Seberang Perai, Puiau Pinang, berkenaan penyediaan Perancangan Perniagaan. Segala maklumbalas responden dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 11.5. Dapatan kajian menunjukkan berlakunya peningkatan tahap pengetahuan dan pemahaman responden selepas mereka menggunakan Manual Penyediaan Perancangan Perniagaan (MPPP). Berdasarkan kepada purata skor min iaitu 3.17, menunjukkan penerimaan responden terhadap keupayaan MPPP terutamanya dari aspek elemen-elemen yang perlu ada dalam Perancangan Perniagaan. Tahap pencapaian mereka juga meningkat sebanyak 17% berdasarkan kepada perbezaan min markah ujian pra dengan ujian pasca. Dapat disimpulkan MPPP yang dihasilkan mampu membantu pengguna untuk menyediakan sebuah Perancangan Perniagaan yang lengkap dan berkesan.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-70 Management. Industrial Management |
Depositing User: | Mrs. Sabarina Che Mat |
Date Deposited: | 21 Jul 2022 04:10 |
Last Modified: | 21 Jul 2022 04:10 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7352 |
Actions (login required)
View Item |