Pengagihan kursus ke IPTA berdasarkan sistem bantuan keputusan kajian kes: Universiti Teknologi Malaysia dan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

Abdullah, Noryusliza (2006) Pengagihan kursus ke IPTA berdasarkan sistem bantuan keputusan kajian kes: Universiti Teknologi Malaysia dan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p NORYUSLIZA ABDULLAH.pdf

Download (738kB) | Preview

Abstract

Pengagihan pelajar ke IPTA melibatkan proses yang bukan sedikit. I ahap kekompleksannya menyebabkan penurunan keektifan dalam pengurusan. Oleh itu. Pengagihan Kursus Ke IPTA Berasaskan Sistem Bantuan Keputusan dibangunkan. Ia merupakan penambahbaikan kepada sistem sedia ada yang digunapakai oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar. Kementerian Pengajian Tinggi. Sistem ini dikhaskan kepada calon yang tidak berjaya mendapat tempat di mana-mana IPTA mengikut lapan pilihannya. Masalah utama universiti di Malaysia ialah kekurangan pelajar yang layak berbanding bilangan tempat yang ditawarkan. Proses sedia adu tidak menjamin kadar kehadiran calon adalah 100 peratus atau sekurang-kurangnya 40 peratus. Ini mungkin ada kaitannya dengan sistem pengagihan kursus yang kurang tepat. Sistem akan menggunakan gabungan model pembuatan keputusan jenis Teknik Perkadaran Multi Atribut Mudah (SMART) dan Analisis Grid bagi menghasilkan keputusan yang diingini. Berdasarkan keperluan. Penambahbaikan Proses Bisnes (BPI) telah digunakan sebagai teknik analisis. Rekabentuk berasaskan objek juga menjadi faktor penggalak bagi pembangunan sistem yang dicadangkan ini. Pembangunan dilaksanakan menggunakan Syha.se Powerhulder H.O sebagai platform dan bahasa pengaturcaraan. Pangkalan data yang digunakan adalah Oracle Si. Diharap agar sistem yang dibangunkan ini dapat memenuhi objektif, skop dan keperluan pcngguna. Penekanan paling utama adalah ia mampu menyelesaikan masalah berkaitan pengurusan.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education
L Education > LB Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education > LB2351-2359 Admissions and entrance requirements
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 21 Jul 2022 07:19
Last Modified: 21 Jul 2022 07:19
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7406

Actions (login required)

View Item View Item