Cabaran-cabaran kemajuan kerjaya wanita menurut persepsi pelajar Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

Mohd Faroque, Syafizwan Nizam (2003) Cabaran-cabaran kemajuan kerjaya wanita menurut persepsi pelajar Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
1212Kb

Abstract

Wanita telah memainkan peranan yang amat penting dalam membangunkan ekonomi negara khasnya dalam bidang pendidikan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang dianggap oleh pelajar wanita sebagai cabaran yang akan mempengaruhi kemajuan keijaya mereka kelak. Data dalam kajian ini diperolehi melalui soal selidik yang telah diedarkan kepada 60 orang pelajar wanita kursus Saijana Pendidikan Teknik dan Vokasional di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO). Data yang diperolehi diproses dengan menggunakan ujian statistik dengan perisian Special Packages for the Social Sciences (SPSS) versi 10.0. Analisis statistik diskriptif (kekerapan, peratusan dan min) dilakukan untuk menganalisis tahap persepsi responden terhadap faktor-faktor cabaran yang akan mempengaruhi kemajuan keijaya mereka. Hasil kajian menunjukkan responden yangbterlibat dalam kajian ini menganggap faktor tahap akademik merupakan cabaran utama yang mempengaruhi kemajuan keijaya wanita. Di samping itu mereka juga bersetuju bahawa cabaran-cabaran lain iaitu faktor peluang latihan dan pihak pengurusan merupakan cabaran yang tidak begitu ketara dalam mempengaruhi kemajuan keijaya mereka. Walau bagaimanapun, faktor hidup berkeluarga tidak dianggap sebagai cabaran yang boleh mempengaruhi kemajuan keijaya mereka.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:College teaching -- Vocational guidance,Feminism and education
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:746
Deposited By:Khairunnisa Ahmad
Deposited On:04 Apr 2011 09:11
Last Modified:29 Apr 2011 14:41

Repository Staff Only: item control page