Kajian tahap pematuhan garis panduan penggunaan zon penampan oleh pemaju pembinaan: kajian kes Majlis Perbandaran Pasir Gudang

Abd Rahim, Mohd Hilmi Izwan (2015) Kajian tahap pematuhan garis panduan penggunaan zon penampan oleh pemaju pembinaan: kajian kes Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
4Mb

Abstract

Kegagalan pematuhan pihak pemaju pembinaan terhadap garis panduan penggunaan zon penampan telah menyumbang kepada peningkatan masalah pencemaran bunyi dan rungutan penduduk Perjiranan 10, Taman Air Biru Pasir Gudang. Matlamat utarna kajian ini adalah untuk meningkatkan pematuhan pihak pemaju pembinaan terhadap perlaksanaan zon penampan dengan mengikut garis panduan yang sedia ada. Oleh yang demikian objekti f kajian adalah rnengenalpasti tahap pematuhan garis panduan zon penampan dalam kaIangan pemaju pembinaan, seterusnya mernbandingkan tahap pencemaran bunyi antara kawasan yang mempunyai zon penampan dengan kawasan yang tidak mempunyai zon penampan, dan merangka langkah-langkah peningkatan pematuhan garis panduan zon penampan dalam kalangan pernaju pembinaan. Kajian ini menggunakan kaedah mod campuran bagi pengumpulan data. Kaedah temubual dengan Pihak Berkuasa Tempatan dan pemaju pembinaan serta pemerhatian elemen penyediaan kawasan penampan berpandukan garis panduan digunakan bagi menjawab objektif pertama dan ketiga bagi kajian ini. Data temubuaI yang dikumpulkan telah dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Seterusnya, bagi mencapai objektif kedua kaedah pengukuran bunyi dilakukan dengan menggunakan alat meter ukur aras bagi mengukur paras pencemaran bunyi pada kawasan yang mempunyai dan tidak mempunyai zon penampan di kawasan Tarnan Air Biru, Pasir Gudang. Data hasil pengukuran bunyi yang diperolehi di analisis. Hasil kajian menunjukkan kawasan perindustrian perkilangan yang berhampiran dengan perurnahan menyumbang kepada masalah pencemaran bunyi dan hasil temubual pula menunjukkan masih berlaku kegagalan pematuhan garis panduan zon penampan di kawasan Taman Air Biru, Pasir Gudang. Manakala data pengukuran menunjukkan pencemaran bunyi bagi kawasan yang mempunyai zon penampan adalah berbeza dimana ia lebih rendah berbanding kawasan yang tidak mempunyai zon penampan. Justeru itu, langkah-langkah peningkatan pematuhan garis panduan zon penampan dirangka bagi meningkatkan tahap perlaksanaan zon penampan oleh kalangan pemaju pembinaan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General) > TA170-171 Environmental engineering
ID Code:7480
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:20 Jan 2016 15:06
Last Modified:20 Jan 2016 15:06

Repository Staff Only: item control page