Norhaimi, Norhafizah Azmi and Mohd Nawi, Nazri (2022) Sistem Pengurusan Logistik SISPA UTHM secara dalam talian. Applied Information Technology And Computer Science, 3 (1). pp. 789-802.
Text
C3846_87bf3b61a63d6073f2e1b26085574be2 (1).pdf Restricted to Registered users only Download (782kB) | Request a copy |
Abstract
Sistem Pengurusan Logistik Secara Dalam Talian adalah satu sistem yang dibangunkan untuk memudahkan kerja-kerja pengurusan barang logistik di SISPA UTHM (Siswa Siswi Pertahanan Awam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia). Sebelum ini, pengurusan logistik masih dilakukan secara manual melalui pengisian maklumat bilangan ataupun pinjaman menggunakan borang. Kaedah manual ini adalah tidak efisyen dan kurang cekap kerana mudah berlakunya kehilangan rekod kerana penggunaan kertas yang banyak dan kecuaian manusia. Selain itu, proses carian semula borang atau maklumat peminjam menjadi susah kerana bilangan borang yang banyak yang perlu dibuat satu persatu untuk memastikan tidak berlaku pertukaran dengan borang yang lain. Dengan melihat pada kelemahan tersebut, maka Sistem Pengurusan Logistik Secara Dalam Talian dibangunkan bagi membantu pengurusan borang dengan lebih cekap dan efisyen bagi pihak pejabat SISPA sekaligus dapat mengurangkan penggunaan kertas untuk menguruskan proses logistik. Sistem ini dibangunkan menggunakan perisian Dreamweaver, XAMPP dan phpMyAdmin, pengekodan bahasa HTML, PHP dan menggunakan metodologi model pembangunan Agile. Sistem ini membolehkan pengguna melihat senarai barang logistik dan mengisi borang permohonan di dalam sistem dengan mudah. Sistem ini juga memudahkan pentadbir mengemas kini senarai, menyemak dan mengesahkan borang permohonan, dan menjana laporan.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Sistem pengurusan; maklumat; logistik; SISPA |
Subjects: | T Technology > T Technology (General) |
Depositing User: | Mr. Abdul Rahim Mat Radzuan |
Date Deposited: | 15 Aug 2022 03:01 |
Last Modified: | 15 Aug 2022 03:01 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7500 |
Actions (login required)
View Item |