Sistem pengurusan kedai alatan komunikasi YY Photo Studio dan Teleshop

Mokhtar, Nurfarah Barizah and Mohd Nawi, Nazri (2022) Sistem pengurusan kedai alatan komunikasi YY Photo Studio dan Teleshop. Applied Information Technology And Computer Science, 3 (1). pp. 1087-1102.

[img] Text
C3847_fc8a4dab1a30913abe8f6012d920178a.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Pada masa kini, pendekatan menggunakan teknologi dalam bidang ekonomi berkembang dengan pesat. Penjualan secara dalam talian telah meningkatkan dan memudahkan proses perniagaan beserta dengan sistem pengurusan yang cekap dan selamat. Sejajar dengan perkembangan teknologi semasa, Sistem Pengurusan Kedai Alatan Komunikasi YY Photo Studio and Teleshop dibangunkan yang mana ianya merupakan sistem berasaskan web yang membantu dalam memperbaiki kualiti dan kecekapan sistem sedia-ada. Ini kerana penggunaan sistem manual telah menyebabkan gerak-kerja di kedai menjadi lambat dan kurang cekap. Sistem pengurusan inventori yang masih manual adakalanya menyebabkan proses kemaskini barangan menjadi lambat dan masalah kehilangan data yang sentiasa terjadi. Disamping itu, skop penjualan yang kecil menyebabkan hasil keuntungan kedai kecil. Tambahan dengan jarak lokasi pelanggan yang jauh telah membataskan pelanggan untuk membeli. Justeru itu, pembinaan sistem ini dapat mengatasi masalah-masalah tersebut seterusnya membantu dalam menggalakkan penjualan di kedai. Model proses perisian Prototaip telah dipilih kerana ianya mempunyai lima fasa iaitu fasa perancangan, analisis, reka bentuk, pelaksanaan dan pengujian yang mana model ini lebih fleksibel untuk digunakan berbanding model yang lain. Sistem ini adalah berasaskan web yang dibina menggunakan bahasa aturcara Hypertext Preprocessor (PHP) dan Structured Query Language (MySQL) sebagai perisian pangkalan data. Hasil ujian menunjukkan bahawa sistem itu melepasi 19 daripada 20 kes ujian yang menyumbang 98% daripada semua kes ujian. Sebagai kesimpulan, sistem ini berguna kerana ia membantu pengguna dan pentadbir kedai untuk meningkatkan produktiviti perniagaan dan pengurusan berbanding dengan penggunaan sistem manual yang kurang cekap dan cekap.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Prototaip; sistem pengurusan; SDLC; PHP; MySQL
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Depositing User: Mr. Abdul Rahim Mat Radzuan
Date Deposited: 15 Aug 2022 03:02
Last Modified: 15 Aug 2022 03:02
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7501

Actions (login required)

View Item View Item