Pembangunan model konsep standard pengajaran guru pendidikan jasmani berorientasikan amalan dan kluster perwatakan guru

Husain, Mohd Zairi (2016) Pembangunan model konsep standard pengajaran guru pendidikan jasmani berorientasikan amalan dan kluster perwatakan guru. Doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p MOHD ZAIRI HUSAIN.pdf

Download (859kB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
MOHD ZAIRI BIN HUSAIN COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (289kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
MOHD ZAIRI BIN HUSAIN WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan satu model konsep standard pengajaran guru Pendidikan Jasmani berorientasikan amalan dan kluster perwatakan guru. Pembangunan model konsep ini melalui 3 fasa pembinaan di mana fasa 1 menjurus kepada kajian keperluan atau kajian awalan dalam mengenal pasti punca masalah dan mengenal pasti konstruk serta dimensi bagi mengatasi permasalahan yang timbul melalui konsep dan pembinaan struktur konten (content structure). Fasa 2 pula menjurus kepada kajian rintis dan fasa 3 adalah merupakan peringkat kajian sebenar pengkaji yang mana sampel yang dipilih ialah guru yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani. Pada peringkat fasa 1, setelah isu kajian dikenal pasti maka konstruk kajian dikupas melalui kaedah analisis dokumen dan temu bual pakar. Kedua-dua hasil dapatan dibuat analisis matrik bagi mendapatkan persetujuan pakar sebelum dimensi kajian dibentuk. Setelah konstruk dan dimensi dipersetujui, pengkaji melakukan analisis kualitatif menggunakan Fleiss Kappa bagi menentusahkan atribut kajian yang digunakan untuk membangunkan instrumen kajian. Setelah hasil analisis Kappa diperoleh, maka soal selidik dibangunkan berdasarkan nilai Kappa yang melebihi > 0.61, di mana nilai tersebut menunjukkan tahap persetujuan yang baik. Seterusnya pada fasa 2, kajian rintis dijalankan dan pengkaji akan menganalisis item menggunakan pendekatan pengukuran model Rasch bagi menentukan empat (4) diagnosis bagi tujuan pemeriksaan kefungsian item. Analisis rintis dijalankan menentukan (i) kebolehpercayaan dan pengasingan item-individu; (ii) nilai Pt-Measure Corr bagi mengesan polarity item yang mengukur konstruk; (iii) kesesuaian (fit) item mengukur konstruk; dan (iv) nilai korelasi residual terpiawai dalam menentukan item bersandar. Setelah melalui proses rintis, berdasarkan item yang benar-benar berkualiti, pengkaji menjalankan kajian sebenar pada fasa 3. Semakan kategori skala pengukuran mendapati skala Likert lima (5) mata sesuai digunakan dalam kajian ini. Bagi mengesahkan model konsep yang dibangunkan, berdasarkan analisis komponen utama (Principal Component Analysis - PCA) menggunakan pendekatan model pengukuran Rasch pengkaji memperolehi nilai raw variance explained by measure yang diperolehi lebih besar daripada 40%, nilai first contrast unexplained variance kurang daripada 10% dan nilai first contrast eigenvalue kurang daripada 3.0. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan dengan jelas konstruk yang dibina adalah bersifat unidimensi dan disahkan merupakan komponen atau faktor kepada model konsep standard pengajaran guru Pendidikan Jasmani berorientasikan amalan dan kluster perwatakan guru yang dibangunkan.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Miss Afiqah Faiqah Mohd Hafiz
Date Deposited: 30 Aug 2021 07:51
Last Modified: 30 Aug 2021 07:51
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/762

Actions (login required)

View Item View Item