Genius menggapai PhD

Agam, Mohd. Arif and Kamarulzaman, Robijah (2015) Genius menggapai PhD. Penerbit UTHM. ISBN 978-967-0764-16-0

Full text not available from this repository.

Abstract

Buku ini mengupas persoalan bagaimana keilmuan diterokai, yang sebenarnya berbentuk rawak atau “chaos”. Memahami Teori Chaos, mampu memberikan kita kesedaran bahawa setiap elemen terkecil jika dibiarkan berlarutan atau dilaksanakan secara berterusan, bakal memberikan ledakan situasi dan peluang. Kejayaan menggapai PhD, adalah bermula dengan kefahaman sikap menghargai elemen usaha terkecil yang bakal membawa kita kepada kejayaan memperolehi PhD, atau apa juga kejayaan yang ingin kita lakarkan. Kreativiti melakukan projek kecil seperti pengumpulan artikel, penulisan definasi dan penerangan istilah kedalam fail indeks, adalah langkah-langkah kreativiti kecil yang sebenarnya berperanan menghasilkan ledakan kejayaan. Contoh ledakan bom atom, adalah disebabkan langkah kecil memecutkan neutron dan menghentam atom uranium secara rawak, dimana setiap pecutan neutron menghasilkan 3 lagi neutron yang terpecut. Inilah gambaran bagaimana satu usaha kecil kita, akan menerbitkan lagi pelbagai kemungkinan dan kejayaan. Buku ini mengupas persoalan Teori Chaos dan bagaiamana ianya berfungsi dalam melakarkan kejayaan menggapai PhD. Buku ini menyentuh bagaimana melihat Teori Chaos dan peranannya dalam pembelajaran peringkat tinggi, seperti menggapai PhD. Buku ini sebenarnya boleh digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat, malahan pelajar sekolah rendah dan menengah, dalam memahami bagaimana sesuatu kejayaan penerokaan ilmu dapat dimulakan hanya dengan memulakan suatu langkah yang tergambarkan sebagai suatu titik. Seolah-olah seperti permaianan titik atau pixel sesebuah gambar, lagi banyak titik dihubung atau kepadatan titik berlainan warna (“pixel”) dipertingkatkan, maka semakin jelaslah gambaran atau gambaran kejayaan yang akan kita ciptakan.

Item Type:Book
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher education
Divisions:Faculty of Science, Technology and Human Development > Department of Science
ID Code:7627
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:15 Mar 2016 13:43
Last Modified:15 Mar 2016 13:43

Repository Staff Only: item control page