Pembangunan dan penilaian modul pengajaran kendiri berasakan web untuk subjek pola pakaian (JURUSAN FESYEN) di Politeknik

Abd Shukor, Norazrina (2003) Pembangunan dan penilaian modul pengajaran kendiri berasakan web untuk subjek pola pakaian (JURUSAN FESYEN) di Politeknik. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24p NORAZRINA ABD SHUKOR.pdf

Download (773kB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
NORAZRINA ABD SHUKOR COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (213kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
NORAZRINA ABD SHUKOR WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (37MB) | Request a copy

Abstract

Modul Pengajaran Kendiri merupakan satu media pengajaran berasaskan teknologi yang mengandungi unit-unit aktiviti yang dibentuk untuk membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian berbentuk tinjauan dan penilaian ini bertujuan untuk menilai sejauh mana keberkesanan Modul Pengajaran Kendiri Berasaskan Web untuk Pol a Pakaian (MPKWPP) yang dibangunkan bagi membantu pensyarah dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dari aspek tahap kebolehlaksanaan, mesra pengguna, interaktiviti, peningkatan pcngctahuan, kemahiran dan juga pembentukan sikap positifpelajar fesyen dalam melakar Pola Pakaian. Responden bagi kajian ini terdiri daripada 12 orang pensyarah yang mengajar subjek Pola Pakaian di Politeknik Johor Bahru (PJB) dan juga 50 orang pelajar (Semester 2 dan Semester 3) Diploma Seni Reka Pesyen dan Membuat Pakaian di PJB. Pengumpulan data juga meliputi sesi temubual dengan dua orang responden iaitu seorang pensyarah multimedia daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan seorang pensyarah berpengalaman dalam mengajar subjek Pola Pakaian di PJB. Mclalui penggunaan instrumen soal selidik dan sesi temubual, pengumpulan data at au penilaian kajian adalah berdasarkan kepada persepsi pensyarah dan pelajar terhadap keberkcsanan MPKWPP yang dibangunkan. Segala data yang telah dikumpulkan dianalisis dcngan menggunakan 'Statistical Packages for Social Sciences' (SPSS) Versi 11.0 yang melibatkan skor min dan ujian t (independent t test). Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kebolehlaksanaan, mesra pengguna, interaktiviti, peningkatan pengetahuan, kemahiran dan juga pembentukan sikap positifpelajar fesyen dalam melakar Pola Pakaian berada pada tahap yang tinggi. Selain daripada itu, dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara persepsi pclajar Diploma Seni Reka Pesyen Semester 2 dan Semester 3 terhadap keberkesanan MPKWPP dalam membantu pengajaran dan pembelajaran yang efektif.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TT Handicrafts Arts and crafts
T Technology > TT Handicrafts Arts and crafts > TT490-695 Clothing manufacture. Dressmaking. Tailoring
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 19 Sep 2022 02:09
Last Modified: 19 Sep 2022 02:09
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7710

Actions (login required)

View Item View Item