Hubungan antara jenis bahan bacaan dengan gaya pembelajaran pelajar sekolah menengah teknlk

Mohamad, Siti Khatijah (2008) Hubungan antara jenis bahan bacaan dengan gaya pembelajaran pelajar sekolah menengah teknlk. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p SITI KHATIJAH MOHAMAD.pdf

Download (1MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
SITI KHATIJAH MOHAMAD COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (382kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
SITI KHATIJAH MOHAMAD WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (32MB) | Request a copy

Abstract

Membaca merupakan elemen yang penting dalam proses pembelajaran kerana membaca merupakan asas kepada perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran utama yang diperlukandalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, belum ada lagi kajian yang melibatkan jenis bahan bacaan dengan gaya pembelajaran pelajar. Oleh yang demikian, satu kajian mengenai sejauh mana jenis bahan bacaan memberi kesan ke atas gaya pembelajaran pelajar dijalankan. Kajian yang dijalankan melibatkan empat buah sekolah menengah teknik yang mewakili pelajar tingkatan empat bagi sekolah menengah teknik seluruh semenanjung Malaysia dan responden seramai 445 orang. Sampel kajian diperoleh dengan menggunakan kaedah pensampelan rawak mudah. Instrumen kajian yang digunakan melibatkan indikator pengukuran bagi j enis bahan bacaan dan gaya pembelajaran yang diamalkan. Hasil analisis yang dijalankan daripada data yang diperoleh mendapati bahawa, bahan bacaan komik menjadi bahan bacaan utama pelajar. Namun tahap pembacaan keseluruhan pelajar adalah masih di peringkat sederhana. Gaya pembelajaran yang paling tinggi diamalkan oleh pelajar adalah gay a pembelajaran secara pragmatis diikuti oleh gaya pembelajaran reflektif. Daripada analisis yang dijalankan didapati wujudnya hubungan yang signifikan di antara jenis bahan bacaan yang dibaca dengan gaya pembelajaran yang diamalkan. Gaya pembelajaran reflektif dilihat mempunyai korelasi positif yang signifikan dengan bahan bacaan politik yang dibaca pelajar. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawajenis bahan bacaan yang dibaca mempengaruhi gaya pembelajaran yang diamalkan.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 17 Oct 2022 06:26
Last Modified: 17 Oct 2022 06:26
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7925

Actions (login required)

View Item View Item