Analisis masa ketibaan dan pelepasan tren bagi sistem transit aliran ringan: kajian kes LRT Laluan Ampang

Dawam @ Tawil, Salnuraini (2015) Analisis masa ketibaan dan pelepasan tren bagi sistem transit aliran ringan: kajian kes LRT Laluan Ampang. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
1666Kb

Abstract

Ketepatan ketibaan keretapi adalah elemen yang sangat penting dalam pengendalian perkhidamatan keretapi dan juga merupakan elemen utama yang dititikberatkan oleh pengguna dalam pemilihan menggunakan pengangkutan awam. Kelewatan ketibaan tren memberi impak secara langsung kepada penumpang di mana mereka perlu menunggu lebih lama dan menyebabkan kebolehpercayaan penumpang berkurang terhadap jadual tren yang disediakan oleh operator pengendali sistem transit serta menyebabkan aktiviti mereka terjejas. Kajian ini adalah mengkaji masa ketibaan dan pelepasan tren dari stesen bagi aliran transit ringan LRT laluan Ampang dan membandingkan dengan jadual sebenar yang ditetapkan oleh operator pengendali. Seterusnya mengkaji fungsi sistem isyarat di stesen dengan hubungkait jadual perjalanan tren. Di antara parameter mobiliti tren yang dicerap adalah nombor tren, masa ketibaan tren, masa berlepas tren, masa tren menunggu di platform dan headway (jarak di antara tren hadapan dengan tren belakang). Cerapan data diambil pada tiga fasa iaitu fasa pertama waktu puncak pagi, fasa kedua waktu tengahari dan fasa ketiga adalah waktu puncak petang. Cerapan dijalankan di beberapa stesen LRT dengan meliputi keseluruhan aliran laluan Ampang. Daripada kajian ini didapati korelasi antara masa ketibaan, masa tren menunggu, masa pelepasan dan headway mempunyai kaitan dengan ketepatan dan kelewatan ketibaan tren. Apabila jarak masa diantara ketibaan tren dengan masa pelepasan tren terlalu lama menyebabkan masa tren menunggu di platform adalah lama dan menyebabkan jarak masa ketibaan tren seterusnya menjadi lewat dan menyebabkan kelewatan tren berlaku. Sistem isyarat dalam operasi sistem transit adalah sangat penting kerana mempunyai hubungkait dengan ketibaan dan pelepasan tren. Apabila tren tiba lewat menunjukkan nilai negatif pada sistem isyarat di platform dan nilai positif apabila tren tiba tepat di platform.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:T Technology > TF Railroad engineering and operation
ID Code:7989
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:28 Apr 2016 15:20
Last Modified:28 Apr 2016 15:20

Repository Staff Only: item control page