Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) dalam memberikan langkah penyelesaian masalah, motivasi dan minat pelajar terhadap bab litar arus terus : satu kajian di SMT Bukil Katil, Melaka

Sari , Suhaizila (2004) Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) dalam memberikan langkah penyelesaian masalah, motivasi dan minat pelajar terhadap bab litar arus terus : satu kajian di SMT Bukil Katil, Melaka. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1610Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM)dalam membantu keboleh fahaman pelajar dan mengenalpasti langkah penyelesaian masalah, motivasi dan minat pelajar terhadap Bab Litar Arus Terus melalui kaedah tersebut. Responden kajian ini adalah seramai 30 orang yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4 kursus Kejuruteraan Elektrik, Sekolah Menengah Teknik Bukit Katil, Melaka. Instrumen kajian adalah soalan permasalahan yang berkaitan litar anis terus, soal selidik dan senarai semak jawapan. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan program SPSS versi 11.0 untuk mencari nilai peratusan bagi item-item yang ditentukan dalam borang soal selidik. Hasil kajian ini menunjukkan peratusan bagi keboleh fahaman pelajar menggunakan kaedah PBM dan Iangkah penyelesaian pelajar adalah sederhana iaitu 50%. Manakala peratusan bagi motivasi dan minat pelajar terhadap kaedah PBM ini adalah tinggi iaitu melebihi 50%. Kajian ini dapat membantu pelajar memperolehi kemahiran menyelesaikan soalan yang berbentuk aplikasi dalam peperiksaan dan seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar dalam subjek Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di Sekolah Menengah Teknik.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
ID Code:799
Deposited By:Norfauzan Md Sarwin
Deposited On:05 Apr 2011 14:47
Last Modified:29 Apr 2011 14:41

Repository Staff Only: item control page