Stress kerja dalam kalangan pekerja industri di taman cendana: satu kajian

Ali, Azita and Abd Halim, Nor Hayatie and Idris, Mohd Safiee and Sulong, Muhammad Suhaimi and Isa, Khairunnesa and Warman, Sarebah and Esa, Ahmad (2015) Stress kerja dalam kalangan pekerja industri di taman cendana: satu kajian. In: Proceeding International Conference on Guidance & Counseling, Human Resources and Human Development. Perkama Consultants Sdn. Bhd, pp. 1-8. ISBN 9789671172002

[img]
Preview
PDF
1165Kb

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti efikasi kendiri dan daya tahan dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Populasi kajian merupakan pelajar tahun akhir Sarjana Muda di UKM iaitu seramai 1600 orang pelajar. Sampel kajian telah dipilih dari kalangan pelajar sarjana muda mengzkut kaedah persampelan bertujuan. Sampel bagi kajian ini adalah seramai 200 responden yang terdiri daripada 96 orang pelajar lelaki dan 104 orang pelajar perempuan iaitu daripada pelajar tahun akhir. Bentuk kajian ini merupakan kajian korelasi kerana ingin melihat hubungan di antara efikasi kendiri dan daya tahan dalam kalangan pelajar. Kajian ini adalah merupakan kajian deskriptif dengan menggunakan instrumen Soal Selidik Efikasi Kendiri Kolej dan Soal Selidik Ringkas Daya Tahan bagi mengukur tahap efikasi kendiri dan daya tahan dalam kalangan responden. Nilai pekali Cronbach Alfa untuk konstruk efikasi kendiri adalah (M = 7.7366, SP = .82954); manakala bagi konstruk daya tahan pula adalah (M = 3.4550, SP = .40575). Dapatan kajian mendapati bahawa nilai korelasi r kiraan-antara efikasi kendiri dengan daya tahan pelajar-pelajar menunjukkan angka .260 dengan nilai signifikan p=.000 < 0.05, maka Ho yang menyatakan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap efikasi kendiri dan daya tahan ditolak sedangkan hipotesis alternatif menyatakan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tahap efikasi kendiri dan daya tahan pelajar, dan hipotesis tersebut diterima. Sebagai kesimpulan, terdapat hubungan positif Yang signifikan antara tahap efikasi kendiri dan daya tahan antara pelajar.

Item Type:Book Section
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management > HD58.7-58.95 Organizational behavior, change and effectiveness. Corporate culture
Divisions:Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
ID Code:7997
Deposited By:Prof. Madya Dr Ahmad Bin Esa
Deposited On:10 May 2016 11:50
Last Modified:10 May 2016 11:50

Repository Staff Only: item control page