Penggunaan perisian Rational Rose dalam merekabentuk sistem maklumat perkilangan (sistem inventori)

Tukiran, Zarina (2004) Penggunaan perisian Rational Rose dalam merekabentuk sistem maklumat perkilangan (sistem inventori). Masters thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p ZARINA TUKIRAN.pdf

Download (5MB) | Preview

Abstract

Pemilihan alatan merupakan salah satu elemen penting dalam memastikan sistem yang dibangunkan memenuhi keperluan sistem. Walaupun terdapat pelbagai alatan CASE di pasaran, perisian Rational Rose telah digunakan sebagai alatan kajian disebabkan ia merupakan salah satu perisian yang popular di kalangan pembangun-pembangun sistem. Walaupun begitu, perisian CASE seperti ArgoUML dari Tigris, Visual UML dari Visual Object Modeler, Enteiprise Architect dari SparxSystems dan Visio dari Microsoft juga di antara alatan yang biasa digunakan dalam membangunkan sistem. Pernyataan spesifikasi oleh pengeluar perisian ini digunakan untuk mengenalpasti ciri-ciri yang ditawarkan oleh perisian tersebut. Dalam kajian ini, kriteria perbandingan ditetapkan bagi melaksanakan perbandingan alatan-alatan tersebut dengan Rational Rose. Terdapat dua kriteria perbandingan iaitu permodelan UML dan round-trip engineering (RE). Permodelan UML berorientasikan objek digunakan kerana ia menyediakan gambaran visual sistem yang hendak dibangunkan secara menyeluruh. Proses RE pula dapat mengurangkan masa pembangunan sistem dan secara tidak langsung ia dapat mengurangkan kos pembangunan sistem. Dalam kajian ini, perisian Rational Rose digunakan untuk merekabentuk Sistem Maklumat Perkilangan (FIS) memfokuskan kepada pengurusan produk sistem inventori. Pendekatan use case digunakan untuk menganalisa dan merekabentuk FIS. Ianya melibatkan dua aktiviti utama iaitu analisa use case dan rekabentuk use case yang menghasilkan dokumentasi rekabentuk sistem. Dokumentasi rekabentuk sistem telah dihasilkan mengandungi rajah use case, rajah kelas, rajah jujukan serta dokumentasi proses. Tiga rajah yang telah diperolehi diklasifikasikan mengikut kriteria-kriteria yang ditawarkan oleh permodelan UML iaitu komunikasi, batasan sistem, dokumentasi dan struktur pengetahuan. Berdasarkan dokumentasi rekabentuk ini juga, pembangunan prototaip sistem dilaksanakan dengan dua pendekatan yang berbeza. Pendekatan pertama ialah pembangunan sistem menggunakan Rational Rose Visual Basic yang diintegrasikan dalam perisian Rational Rose dilaksanakan melalui proses RE yang berdasarkan daripada salah satu permodelan use case. Manakala pendekatan kedua ialah pembangunan sistem melalui kaedah konvensional yang membangunkan keseluruhan pengurusan produk sistem inventori menggunakan Microsoft® Access 2002. Keputusan yang diperolehi melalui kedua-dua pendekatan ini membolehkan perbandingan dari aspek penggunaan semula komponen, keseragaman kod dan model serta proses dokumentasi dapat dilaksanakan. Cadangan kajian dikemukakan bagi memperluaskan bidang kajian serta mengatasi kelemahan-kelemahan kajian yang telah dikenalpasti. Adalah diharapkan kajian ini dapat memberikan manfaat kepada semua dengan memberikan gambaran menyeluruh tentang kepentingan pemilihan alatan dan notasi yang dapat menjamin kejayaan pembangunan sesuatu perisian. Selain daripada itu, kajian ini juga dapat memberikan gambaran menyeluruh berkenaan perisian Rational Rose, mengapa ia begitu popular dikalangan pembangun sistem serta kelebihan dan kekurangan yang dimilikinya. Disamping itu, kajian ini juga menyatakan kelebihan dan kepentingan permodelan UML dan proses RE dalam pembangunan sistem.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Q Science > QA Mathematics > QA71-90 Instruments and machines
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 07 Feb 2023 03:27
Last Modified: 07 Feb 2023 03:27
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8179

Actions (login required)

View Item View Item