Sharif, Mohd Zamri (2022) Kesan model APMI terhadap tahap kemahiran berfikir secara kritis dan penyelesaian masalah pelajar dalam kursus teknologi elektrik 1. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
|
Text
24p MOHD ZAMRI SHARIF.pdf Download (969kB) | Preview |
|
Text (Copyright Declaration)
MOHD ZAMRI SHARIF COPYRIGHT DECLARATION.pdf Restricted to Repository staff only Download (340kB) | Request a copy |
||
Text (Full Text)
MOHD ZAMRI SHARIF WATERMARK.pdf Restricted to Registered users only Download (38MB) | Request a copy |
Abstract
Penguasaan kemahiran berfikir secara kritis dan penyelesaian masalah merupakan masalah dalam kalangan pelajar. Justeru, cabaran yang semakin meningkat dalam dunia pekerjaan menyebabkan para graduan perlu daya saing yang tinggi bagi memenuhi kehendak pasaran. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kemahiran berfikir secara kritis dan penyelesaian masalah pelajar serta mengenal pasti tahap pencapaian akademik pelajar berdasarkan pelaksanaan Model APMI dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Model APMI merupakan pengubahsuaian daripada pembelajaran Model MIAP. Model APMI merangkumi empat langkah utama dalam pendekatan pembelajaran yang mengutamakan penilaian terhadap tahap kemahiran individu. Selain itu, kajian ini juga mengenal pasti persepsi pelajar terhadap pembelajaran Model APMI dalam proses PnP bagi kursus Teknologi Elektrik 1. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah eksperimen kuasi. Kaedah analisis yang digunakan melibatkan nilai skor min, sisihan piawai, perbezaan markah, Paired sample t-test dan ANCOVA. Hasil daripada analisis kajian menunjukkan keputusan yang positif dari aspek penguasaan Kemahiran berfikir secara kritis dan penyelesaian masalah pelajar. Namun, tahap pencapaian kognitif bagi kandungan topik Teknologi Elektrik 1 hanya berada di tahap sederhana. Tambahan pula, penerimaan pelajar terhadap pendekatan pembelajaran berasaskan Model APMI adalah sederhana. Kesimpulannya, dapatan kajian membuktikan bahawa pendekatan pembelajaran Model APMI ini dapat mempertingkatkan tahap kemahiran berfikir secara kritis dan penyelesaian masalah pelajar serta membantu diri pelajar dari segi pencapaian akademik dalam topik Teknologi Elektrik 1.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | T Technology > T Technology (General) |
Divisions: | Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education |
Depositing User: | Mrs. Sabarina Che Mat |
Date Deposited: | 07 Feb 2023 03:43 |
Last Modified: | 07 Feb 2023 03:43 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8281 |
Actions (login required)
View Item |