Sadli, Noorazah (2022) Kaedah pengajaran keusahawanan melalui penerapan ciri-ciri keusahawanan di kolej vokasional. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
|
Text
24p NOORAZAH SADLI.pdf Download (750kB) | Preview |
|
Text (Copyright Declaration)
NOORAZAH SADLI COPYRIGHT DECLARATION.pdf Restricted to Repository staff only Download (305kB) | Request a copy |
||
Text (Full Text)
NOORAZAH SADLI WATERMARK.pdf Restricted to Registered users only Download (43MB) | Request a copy |
Abstract
Kadar pengangguran dalam kalangan graduan Kolej Vokasional kian meningkat. Pendidikan keusahawanan dilihat sebagai salah satu medium dalam menangani masalah tersebut. Pendidikan keusahawanan merupakan kursus wajib bagi pelajar diploma kolej vokasional. Selaras dengan matlamat penubuhan Kolej Vokasional ingin melahirkan graduan yang kompetitif dan kompeten, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kaedah pengajaran dan ciri-ciri keusahawanan yang sesuai diterapkan dalam pengajaran keusahawanan di Kolej Vokasional dalam menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran seterusnya berhasrat dapat merealisasikan 10% usahawan dalam kalangan graduan. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah tinjauan soal selidik. Analisis data dijalankan menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) 21 yang melibatkan analisis min, kekerapan, peratus, sisihan piawai dan independent sample t-test. Seramai 93 orang guru Keusahawanan dan 566 pelajar yang terdiri daripada 293 pelajar bidang teknologi dan 273 pelajar bidang bukan teknologi di Kolej Vokasional Zon Selatan (Johor, Melaka dan Negeri Sembilan) terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa kaedah pengajaran yang paling dominan adalah kaedah pengajaran secara interaktif, sementara ciri keusahawanan yang paling dominan pula adalah kreatif dan inovasi menerusi kaedah pengajaran secara interaktif. Terdapat perbezaan kaedah pengajaran dan penerapan ciri-ciri keusahawanan yang digunakan oleh guru bidang teknologi dan bukan teknologi dalam pengajaran keusahawanan. Seterusnya, dari perspektif pelajar, menunjukkan adanya perbezaan kaedah pengajaran dan penerapan ciri-ciri keusahawanan yang digunakan oleh guru terhadap pelajar bidang teknologi dan bukan teknologi. Sehubungan itu, penyelidik mencadangkan panduan kaedah pengajaran Keusahawanan melalui gabungan kesemua kaedah pengajaran dan penerapan ciri-ciri keusahawanan dengan penggunaan elemen yang bersesuaian bagi membantu meningkatkan keberkesanan penyampaian guru.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | T Technology > T Technology (General) |
Divisions: | Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education |
Depositing User: | Mrs. Sabarina Che Mat |
Date Deposited: | 07 Feb 2023 03:44 |
Last Modified: | 07 Feb 2023 03:44 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8292 |
Actions (login required)
View Item |